Realiti Baru

PETER F. DRUCKER (1909–2005) adalah seorang penulis dan konsultan kelahiran Austria yang banyak menyumbang kepada pembinaan asas kefalsafahan dalam dunia korporat moden.

Terjemahan daripada judul asal oleh NAZLIFA MD. ALI

DBP (Cetakan  Pertama, 1995)
261 halaman termasuk Indeks

RM15.00

In stock

Buku Realiti Baru ialah terjemahan yang sah daripada buku The New Realities oleh Peter F. Drucker dan diterbitkan oleh Harper & Row Publishers, Inc., New York, USA pada tahun 1989. Buku ini bukan tentang “perkara yang akan berlaku”. Buku ini juga bukan tentang “abad yang akan datang”. Tesisnya ialah bahawa “abad yang akan datang” sudah pun tiba, dan sesungguhnya kita telah maju menempuh abadnya. Kita tidak tahu jawabannya tetapi kita tahu persoalan yang terbabit. Tindakan yang boleh kita ambil dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga dengan tindakan yang walau bagaimana popular sekalipun, akan menjadi sia-sia, kalaupun tidak produktif.

Realitinya berbeza daripada persoalan yang tentangnya para ahli politik, para ahli ekonomi, para sarjana, para ahli perniagaan dan para pemimpin kesatuan masih berikan perhatian, masih menulis buku dan masih membuat ucapan. Bukti yang meyakinkan tentang perkara ini adalah rasa tidak nyata yang mendalam, dan ia menjadi ciri sebahagian besar daripada politik dan ilmu ekonomi masa kini. Oleh yang demikian, walaupun buku ini bukan tentang “futurisme”, ia cuba mentakrifkan urusan. persoalan dan kontroversi yang akan menjadi realiti pada tahun-tahun yang akan datang.

Beberapa masalah paling sukar yang kita hadapi pada hari ini diwujudkan oleh kejayaan pada masa yang lalu misalnya, kejayaan negara kebajikan, kejayaan ciptaan negara fiskal pada abad ini, kejayaan masyarakat berpengetahuan. Beberapa penghalang terbesar terhadap keberkesanan begini ialah cogan kata. iltizam. dan persoalan masa lalu yang masih mempengaruhi syarahan umum dan masih membataskan wawasan kita. Beberapa pengajaran masa lalu yang sudah hampir dilupakan juga kini sedang menjadi relevan semula. Misalnya, pengalaman Austria-Hungary dan pihak British di India pada abad kesembilan belas, dengan kesan pembangunan ekonomi terhadap nasionalisme dan dasar penjajahan. sangat bermakna untuk masa depan Empayar Rusia. Perkara ini menjelaskan mengapa buku ini mengandungi banyak bahan tentang sejarah.

Buku ini mempunyai harapan yang tinggi dan merangkumi banyak perkara. Buku yang ditulis di Amerika Syarikat oleh rakyat Amerika ini tidak hanya terhad kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Amerika; ia juga banyak memberi perhatian kepada kerajaan, masyarakat dan ekonomi Jepun, di Eropah Barat, Rusia, dan di negara. negara membangun Dunia Ketiga. Namun demikian, buku ini juga mungkin dikritik kerana ia tidak memberi harapan yang cukup tinggi. Kesan teknologi terhadap senjata dan pertahanan, terhadap fungsi dan batas kerajaan, terhadap sekolah dan pembelajaran banyak dibincangkan. Walau bagaimanapun, tidak ada bab yang dikhususkan kepada teknologi per se. Penulis berpendapat bahawa perkara ini sudah cukup banyak dibincangkan dalam karya tentangnya. Walaupun ia sangat penting, teknologi bukan lagi “berita baru”.

Satu lagi pembatasan yang lebih besar ialah bahawa buku ini membincangkan perkara “zahir,” “superstruktur sosial” politik dan kerajaan, masyarakat, ekonomi dan ilmu ekonomi, organisasi sosial dan pendidikan. Perkara asas pandangan dunia dan nilai-nilai sena perubahan kedua-duanya kerap disebut tetapi dibincangkan dalam hanya beberapa halaman di akhir buku ini. Dan tidak dibincangkan penyiksaan kerohanian dan kengerian moral, kezaliman dan keghairahan yang kejam untuk berkuasa, kegerunan dan kekejaman, kesinisan terang-terangan, yang telah melanda dunia sejak pihak Barat terjerumus ke dalam Perang Dunia Pertama. Untuk perkara-perkara ini, saya kekurangan kewibawaan dan kecekapan.

Buku ini tidak memberi tumpuan kepada perkara yang patut dilakukan pada masa depan. Ia memberi tumpuan kepada perkara yang patut dilakukan pada masa kini sambil memikirkan hakikat masa depan. Dengan pembatasan yang saya sendiri tetapkan, buku ini cuba untuk menetapkan agendanya.

Weight0.305 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.