Refleksi Historiografi Alam Melayu

Pengarang: Tatiana A. Denisova

UM Press (2011)
466 Halaman

RM60.00

Only 1 left in stock

Product ID: 2529 SKU: 9789831005101 Categories: , , ,

Buku Refleksi Historiografi Alam Melayu ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan Melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna.

Di samping itu untuk menarik perhatian para ilmuwan dan para pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu lama akan betapa unggulnya karya tersebut.

Penulisan ini juga dapat menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi tonggak tamadun bangsa Melayu.

Pembaca juga diperkenalkan dengan tulisan dan fikiran orang Melayu yang pernah mencipta karyanya pada kurun ke-13 hingga ke-19.

Dengan itu, buku ini menyusun banyak petikan daripada teks sejarah Melayu dan melampirkannya dengan penjelasan dan analisis ilmiah.

Teks yang dikaji dan dipilih itu adalah daripada sumber yang nyata dan konkrit supaya penelitiannya bersifat objektif. Adalah diharapkan bahan dalam buku ini seterusnya dapat digunakan untuk kajian yang berkaitan dalam bidang ilmu seperti sejarah, falsafah, etnologi, ekonomi dan sebagainya.

Selain itu, tumpuan juga diberikan pada unsur kehidupan intelektual dan unsur ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu.

Kedua-dua aspek tersebut merupakan elemen utama dalam sejarah dan tamadun bangsa sekali gus menunjukkan tahap perkembangan dan kemakmuran masyarakat ketika itu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.740 kg
Dimensions 16.0 × 1 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789831005101

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Refleksi Historiografi Alam Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.