Remedi Bagi Kebebasan Asasi: Sejarah, Prinsip dan Amalan

GAN CHEE KEONG adalah Hakim Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

AHMAD AZAM MOHD SHARIFF adalah Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2018)
176 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Remedi Bagi Kebebasan Asasi: Sejarah, Prinsip dan Amalan membincangkan amalan peruntukan khusus berkaitan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya bagi tujuan melindungi peruntukan utama dalam perlembagaan iaitu kebebasan asasi. Tanpa adanya peruntukan remedi yang khusus maka pengamal undang-undang terpaksa menggunakan remedi sedia ada di luar skop perlembagaan. Peruntukan khusus berkaitan remedi untuk melindungi kebebasan asasi sebenarnya pernah dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid semasa Perlembagaan Persekutuan dirangka. Ini menggambarkan keperluan memasukkan remedi ini telah disedari sejak awal penggubalan Perlembagaan lagi. Rujukan kepada negara India memperlihatkan kejayaan negara itu mengukuhkan lagi perlindungan hak asasi rakyatnya sejak ia memaktubkan dalam Perlembagaannya peruntukan remedi yang melindungi hak asasi. Secara konsepnya, kebebasan dan remedi tidak boleh dipisahkan serta perlu dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagaimana telah dilaksanakan dalam negara-negara komanwel lain.

Walaupun peruntukan remedi tersebut telah dikeluarkan daripada draf Perlembagaan Persekutuan sewaktu peringkat semakan oleh Jawatankuasa Kerja, tetapi telah menggambarkan keperluan memasukkan remedi ini telah disedari sejak awal penggubalan perlembagaan lagi. Secara amalannya, kedua-dua kebebasan asasi dan peruntukan khusus berkaitan remedi untuk menguatkuasakan kebebasan asasi itu perlu termaktub dalam perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara kerana dapat memelihara dan menjamin kedua-dua kebebasan asasi dan remedi dengan baik di bawah perlembagaan. Rujukan kepada negara india memperlihatkan kejayaan negara itu mengukuhkan lagi perlindungan hak asasi rakyatnya sejak ia memaktubkan dalam Perlembagaannya peruntukan remedi yang menguatkuasakan hak asasi. Di bawah kerangka konsep, kebebasan asasi dan peruntukan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi mempunyai hubungan yang amat rapat, ia tidak boleh dipisahkan sama sekali. Oleh itu, kedua-dua kebebasan asasi dan peruntukan remedi itu perlu dipelihara dan dijamin dengan baik dalam perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi, sebagaimana telah dilaksanakan oleh beberapa bidang kuasa lain yang mengamalkan undang-undang Common Law Inggeris.

Remedi Bagi Kebebasan Asasi: Sejarah, Prinsip dan Amalan mengandungi lima bab. Bab 1 membincangkan tentang kebebasan asasi dan remedi di Malaysia: sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan manakala bab 2 adalah berkenaan pentingnya perlembagaan sesebuah negara diasaskan kepada model perpaduan kebebasan dan remedi. Bab 3 membincangkan isu kedudukan, keunikan dan kesan keluasan kuasa remedi dalam menguatkuasakan kebebasan asasi dalam perlembagaan dengan mengambil pengalaman negara India sebagai panduan. Dalam bab 4, perbincangan adalah tentang mempelajari perkembangan penguatkuasaan remedi keperlembagaan di negara India. Akhir sekali, bab 5 menumpu kepada isu penguatkuasaan kebebasan asasi di Malaysia dengan melihat kepada hala tujunya di masa hadapan.

Prakata

BAB 1 Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia: Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

BAB 2 Perlembagaan Negara: Model Perpaduan Kebebasan dan Remedi

BAB 3 Kedudukan, Keunikan dan Kesan Keluasan Kuasa Remedi dalam Menguatkuasakan Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan: Pengalaman India

BAB 4 Mempelajari Perkembangan Penguatkuasaan Remedi Keperlembagaan di India

BAB 5 Penguatkuasaan Kebebasan Asasi di Malaysia: Hala Tujunya pada Masa Hadapan

Rujukan
Indeks

Weight0.269 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.