Renungan Metafizik

René Descartes (31 March 1596 – 11 February 1650) was a French philosopher, mathematician, and scientist. Descartes’ Meditations on First Philosophy (1641) continues to be a standard text at most university philosophy departments. Descartes’ influence in mathematics is equally apparent; the Cartesian coordinate system was named after him. He is credited as the father of analytical geometry, the bridge between algebra and geometry, used in the discovery of infinitesimal calculus and analysis. Descartes was also one of the key figures in the Scientific Revolution. Descartes refused to accept the authority of previous philosophers. He frequently set his views apart from those of his predecessors. In the opening section of the Passions of the Soul, an early modern treatise on emotions, Descartes goes so far as to assert that he will write on this topic “as if no one had written on these matters before”. His best known philosophical statement is “I think, therefore I am” (French: Je pense, donc je suis; Latin: Ego cogito, ergo sum), found in Discourse on the Method (1637) and Principles of Philosophy (1644).

Terjemahan oleh Khalid Jaafar dan Mohamad Hilmi Marjunit

IBDE (Cetakan Pertama, 2018)
146 halaman

RM25.00

In stock

Renungan Metafizik merupakan terjemahan daripada Meditations on First Philosophy karya René Descartes oleh Khalid Jaafar dan Mohamad Hilmi Marjunit. Descartes menyentuh persoalan mengenai Tuhan dan akal manusia menerusi karyanya Discourse on the Method (atau terjemahan Wacana Tentang Kaedah: Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu) yang diterbitkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1637. Namun menerusi karya tersebut, Descartes tidak bermaksud membicarakan persoalan tersebut secara terperinci, tetapi hanya sekadar sekelumit rasa tentangnya demi mengetahui reaksi para pembaca berkenaan bagaimana persoalan itu perlu ditangani selepas itu. Persoalan itu kelihatan sangat penting bagi Descartes sehingga beliau mengambil keputusan bahawa ia perlu ditangani lebih daripada sekali. Dalam penyelidikan tersebut, Descartes menggunakan cara yang sama sekali belum pernah diterokai dan sangat jauh daripada pengalaman biasa sehinggakan penulis sendiri fikir ia tidak bermanfaat untuk diajarkan dengan lengkap dalam satu karya yang ditulis dalam bahasa Perancis yang tersedia untuk dibaca oleh semua orang kerana kesannya golongan yang lemah akal beranggapan bahawa mereka juga perlu menggunakan jalan tersebut.

Walaupun dalam tulisan tersebut Descartes telah memohon agar sesiapa sahaja yang menemui sesuatu yang layak dikritik dalam tulisan tersebut untuk menunjukkan kepada beliau dengan setulus hati, hanya ada dua sanggahan yang layak diberikan perhatian dan dikemukakan berhubung perbincangan penulis mengenai perkara-perkara tersebut.

Sanggahan pertama: Meskipun ketika akal manusia meneliti dirinya sendiri, ia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu yang lain selain benda yang berfikir, hal ini tidak bermakna hakikat atau zatnya semata-mata sebagai sesuatu yang berfikir kerana perkataan ‘semata-mata’ mengeluarkan segala perkara lain yang mungkin dikatakan sebagai sebahagian daripada hakikat roh. Kepada sanggahan ini Descartes katakan bahawa pada ketika ini beliau tidak mahu mengeluarkan perkara-perkara yang lain ini dari sudut pandangan kebenaran persoalan ini (yang ketika itu penulis tidak menghiraukannya), tetapi hanya dari sudut pandangan tanggapan penulis sendiri. Maka maksud Descartes adalah beliau sedar bahawa tidak ada satupun perkara yang beliau ketahui merupakan sebahagian daripada zat beliau kecuali beliau adalah benda berfikir atau suatu benda yang memiliki daya berfikir dalam dirinya. Walau bagaimanapun, dalam karya ini Descartes akan menunjukkan caranya, iaitu bermula daripada hakikat bahawa beliau mengetahui tidak ada suatu pun perkara merupakan sebagai sebahagian daripada zat beliau sehinggalah natijah bahawa tidak ada suatupun perkara benar-benar dimiliki oleh zat beliau.

Sanggahan kedua: Berdasarkan fakta yang Descartes miliki dalam diri beliau, idea tentang sesuatu perkara yang lebih sempurna berbanding diri beliau bukanlah bermaksud bahawa idea itu sendiri lebih sempurna berbanding diri beliau. Malah jauh sekali ia keadaan sebenar yang memaparkan idea tersebut benar-benar wujud. Descartes menjawabnya bahawa istilah “idea” di sini adalah kabur. Ia boleh difahami sama ada sebagai operasi akal fikiran, justeru dalam hal ini ia tidak boleh dikatakan sebagai lebih sempurna daripada beliau. Atau pula, idea boleh difahami secara objektif, iaitu sebagai perkara yang diwakili oleh idea tersebut. Meskipun perkara ini dikira tidak wujud diluar fikiran Descartes, barangkali ia secara zatnya dikira lebih sempurna daripada beliau. Namun cara perkara ini boleh dirumuskan daripada sekadar satu idea tentang perkara yang lebih sempurna dalam diri beliau kepada kewujudannya yang nyata benar, akan Descartes terangkan dengan panjang lebar dalam karya Renungan Metafizik ini.

Selain dua sanggahan ini, Descartes turut terlihat dua tulisan yang agak panjang yang menggunakan hujah yang bersumberkan rujukan golongan ateis. Dua tulisan ini lebih cenderung untuk mencabar kesimpulan Descartes berbanding pembuktian beliau berhubung persoalan ini. Memandangkan hujah seperti ini tidak boleh mempengaruhi pihak yang memahami pembuktian Descartes, dan, pendirian orang ramai pula janggal dan lemah sehingga mereka lebih cenderung untuk berpegang dengan pendapat pertama yang mereka terima meskipun ia salah dan jelek berbanding berpegang dengan sanggahan yang benar dan kukuh terhadap pendapat tersebut yang mereka temui kemudian, justeru Descartes tidak berminat untuk menjawab pendapat mereka di sini kerana beliau terlebih dahulu perlu mendedahkan pendapat mereka tersebut. Descartes hanya akan memberikan catatan umum bahawa semua sanggahan angkuh golongan ateis terhadap kewujudan Tuhan sering bergantung kepada salah satu daripada dua perkara; sama ada mereka menyifatkan Tuhan dengan emosi manusia atau mereka mendakwa akal kita memiliki kuasa dan kebijaksanaan yang begitu besar sehingga kita cuba untuk menentukan dan memahami perkara yang Tuhan boleh dan sepatutnya lakukan. Sehubungan itu, selagi kita sedar bahawa akal kita terbatas dan Tuhan tidak boleh difahami dan tidak terbatas, hujah-hujah ini tidak boleh menggugat kita.

Kini setelah Descartes selesai meneliti pendirian orang lain, beliau sekali lagi akan berbalik kepada beberapa persoalan yang sama tentang Tuhan dan akal manusia serta permulaan bagi keseluruhan falsafah pertama tanpa perlu mengharapkan sokongan ramai atau gerombolan pembaca yang ramai. Selain itu, Descartes sanggup mengatakan bahawa beliau tidak mengharapkan sebarang pembaca melainkan mereka yang mampu dan bersedia merenung secara serius bersama beliau, serta sanggup memisahkan akal mereka daripada pancaindera dan semua konsepsi sebelum ini. Descartes sebenarnya amat tahu bahawa pembaca yang sebegini amat sedikit. Namun bagi mereka yang tidak ambil peduli untuk menanggapi susunan dan kesinambungan hujah-hujah Descartes, bahkan mereka hanya sibuk membahaskan beberapa kenyataan ranting sebagaimana yang mereka selalu lakukan, maka mereka tidak akan memperoleh banyak manfaat dengan membaca buku ini. Barangkali mereka akan menemui banyak peluang untuk melakukan sanggahan yang remeh-temeh, tetapi tidak mungkin mereka dapat mengemukakan sanggahan yang benar-benar penting atau wajar untuk dijawab.

Memandangkan Descartes tidak berjanji kepada para pembaca yang lain bahawa beliau akan memuaskan hati mereka pada bacaan kali pertama, Descartes bukanlah bersikap angkuh untuk meramalkan bahawa beliau boleh mengendalikan kesulitan semua perkara yang bakal dihadapi para pembaca, justeru dalam Renungan Metafizik Descartes akan terlebih dahulu menerangkan berkenaan proses pemikiran yang khusus yang beliau fikir telah membantunya memperoleh ilmu tentang kebenaran yang meyakinkan dan terbukti dengan tujuan untuk menyakinkan orang lain melalui hujah yang sama yang telah meyakinkannya. Selepas itu, Descartes akan menjawab sanggahan beberapa orang ternama yang pintar dan terpelajar yang telah dikirimkan dengan Renungan Metafizik untuk diteliti terlebih dahulu sebelum diterbitkan. Bantahan mereka terlalu banyak dan pelbagai sehingga Descartes berani berharap bahawa sukar bagi orang lain untuk memikirkan sesuatu — yang setidak-tidaknya — yang masih belum dikemukakan. Oleh itu, Descartes bersungguh-sungguh menggesa para pembacanya agar tidak membuat kesimpulan ke atas Renungan Metafizik sebelum mereka mencurahkan tenaga untuk membaca semua sanggahan tersebut dan jawapan beliau terhadapnya.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.122 kg
Dimensions 17 × 11 × 1.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789671648834

Language

Publisher

Year Published

1 review for Renungan Metafizik

  1. Hilmi Marjunit

    Kepada pihak Kawah Buku, buku ini diterjemahkan oleh dua orang. Sila berlaku adil dengan menyatakan nama kedua-dua penterjemah.

    • Kawah Buku

      Maaf, berlaku kesilapan sewaktu mengemaskini maklumat produk. Terima kasih atas teguran.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.