Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun: Huraian Lengkap secara Analitis dan Kritis

SOLEHAH YAACOB adalah Profesor di Jabatan Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

DBP (Cetakan Kedua, 2022)
388 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM65.00

In stock

If you purchase this book you will earn 13 reward points!
ISBN: 9789834923303 Product ID: 33472 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun: Huraian Lengkap secara Analitis dan Kritis memperlihatkan perkembangan sejarah bahasa dalam tamadun awal manusia menerusi bukti sejarah yang ditinggalkan seperti batu bersurat epik Gilgamesh yang berusia sekitar 4,000 tahun sebelum Masihi. Bahagian permulaan buku ini agak berat kerana pembaca disajikan dengan hasil kajian tentang batu bersurat epik Gilgamesh yang tidak diiktiraf oleh Barat sebagai penulisan tertua yang dijumpai di Mesopotamia bertarikh tahun 4,000 Sebelum Masihi. Batu bersurat ini merupakan batu bersurat yang paling lengkap pernah ditemukan oleh ahli arkeologi kerana mempunyai 12 tablet, dan tablet yang ke 11 menceritakan peristiwa banjir besar seperti yang terakam dalam Perjanjian Lama. Bahasa Akkadi yang digunakan ditulis menggunakan tulisan Mismariyyah mengundang beberapa kajian, khususnya di Barat. Hasilnya, mereka memecahkan batu bersurat tersebut kepada beberapa bahagian kerana mereka mendakwa bahawa terdapat bahagian yang ditulis dalam bahasa Sumeria.

Penulis tidak berminat untuk mengkaji hal ini kerana penulis berpendapat orang Sumeria berasal dari Mesopotamia dan bukan dari Eropah seperti yang didakwa. Penulis melihat perkataan Sumeria ini berasal daripada perkataan Mismariyyah apabila melalui proses perubahan bunyi awalan dan akhiran, maka terbentuklah perkataan Sumeria. Meskipun demikian, penulis berpendapat berkemungkinan besar batu bersurat tersebut ditulis dalam bahasa Semitik, iaitu bahasa Akkadi. Menurut bekas kurator Muzium Baghdad dan juga profesor bahasa purba Iraq, Profesor Taha Baqir, batu bersurat ini mempunyai laras bahasa Arab kerana kerja penterjemahan daripada bahasa Akkadi ke dalam bahasa Arab dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Mengapakah sesetengah pihak cuba menyembunyikan sesuatu tentang batu bersurat ini?

Berkemungkinan maklumat yang terdapat pada batu bersurat tersebut cuba mendedahkan maklumat yang terkandung dalam Perjanjian Lama. Bertitik tolak daripada hasil kajian tersebut yang masih dipamerkan di Muzium British, sejarah bahasa pada zaman Mesopotamia purba cuba dibongkar oleh pakar sejarah bahasa, ahli arkeologi, geologi, dan juga ahli falsafah. Maka, penemuan batu bersurat seterusnya seolah-olah menjadi medan juang bagi ahli akademik yang jelas tujuannya. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Namun, kebanyakan ahli akademik yang terbabit bukan berasa! dari dunia Islam, meskipun tempat kajian tersebut terletak di dunia Islam. Oleh itu, tidak mustahil maklumat yang terkandung dalami hasil kajian tersebut bersifat agak berat sebelah dan dakwa mereka bahawa Tanah Arab yang diwarisi oleh para anbia asalnya dimiliki oleh golongan Yahudi adalah tidak tepat.

Jelasnya, sejarah Mesopotamia ini telah diubah dan hal ini ternyata tidak dapat disangkal lagi. Penemuan batu bersurat dalam tulisan Babylon, iaitu Kod Hammurabi yang masih dipamerkan di Muzium Louvre, Paris juga dapat dikesan pemikiran bangsanya dari segi bentuk dan susunannya. Seterusnya, penemuan batu bersurat dalam tulisan Assyria, Kan’an, Phoenician, Aramaik, dan lain-lain memberikan gambaran betapa hebatnya tamadun Mesopotamia purba. Selain itu, buku ini turut meneroka genealogi manusia. Kajian mendapati bahawa banyak nama kabilah Arab yang muncul sebelum kaum ‘Ad dan Thamud dibuang daripada peta genealogi Taurat semasa bercerita tentang keturunan Nabi Nuh. Antara nama anak-anak Aram (cucu Nabi Nuh) yang dihilangkan atau ditukar kedudukannya atau lebih dikenali oleh ahli sejarah bahasa sebagai al-Arab al-Baidah al-Ula (The First Lost Arab) termasuklah generasi asal kabilah ‘Ad dan Thamud yang dikenali sebagai al-Arab al-Baidah (The Lost Arab).

Senarai Peta
Senarai Foto
Senarai Jadual
Kata Pengantar
Prakata
Pengenalan
Penghargaan

1. Bahasa dan Penciptaan Awal Manusia
Takrifan Bahasa
Bahasa Arab Bahasa Syurga
Pembuktian Bahasa: Perbezaan Homo Erectus dengan Homo Sapiens
Pendedahan Anatomi: Bukti Penerimaan Bahasa
Kejadian Manusia dalam Ayat al-Quran
Genealogi Arab-Proto yang Diubah
Revolusi Bahasa
Kronologi Ummah Sebelum Hijrah
Pengembaraan Anak-anak Nabi Nuh a.s. Sesudah Banjir Besar
Kerajaan Purba Lagash, Kish dan Ur Sesudah Banjir Besar
Kesimpulan

2. Batu Bersurat Pertama Dunia
Epik Gilgamesh dan Penulisan Mismariyyah
Ketepatan Penterjemahan Bahasa Akkadi ke dalam Bahasa Inggeris
Orang-orang Sumeria
Perbezaan antara Bahasa Sumeri dengan Bahasa Akkadi
Bahasa Kod Hammurabi

3. Kerajaan Terawal dan Bahasa Para Nabi
Nabi Hud a.s. dan Kaumnya
Kaum Thamud
Kaum ‘Ad dan Thamud Bangsa Arab Baidah
Bahasa Kan’an dan Bahasa Phoenician
Bahas Akkadi: Bahasa Arab-Proto
Perbezaan antara Kisah Kaum Nabi Lut a.s. dengan Kaum Sadom dan Pompeii
Pompeii
Takrif Bangsa Arab, Israel, Ibrani dan Yahudi
Kerajaan Aram dan Bahasa Aramaik
Bahasa Kaum Jurhum atau Arab Fushah
Bahasa Aramaik sebagai Bahasa Pertuturan Nabi Ishak
Israel — Bahasa Aramaik
Bahasa Kan’an, Phonecian dan Penulisan Hieroglif
Book of Job
Ahli Pidato dalam Kalangan Para Nabi
Kritikan Orientalis terhadap Ketuanan Semenanjung Tanah Arab dan Bahasa Arab

4. Bahasa Nabi Musa a.s.
Kelahiran Nabi Musa a.s., Tamadun Greek dan Kod Hammurabi
Taurat Sebenar: Kesan Taurat terhadap Sejarah dan Bahasa
Sejarah Kenabian Para Anbia
Bahasa Aramaik dan Bahasa Arab: Kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Pertelingkahan Asal Usul Nama Kaum Arab
Bangsa Arab yang Asal (Arab-Proto)

5. Permulaan Tahun Masihi
Bahasa Aramaik dan Bahasa Arab
Bahasa Nabaten
Injil Barnabas Tidak Diiktiraf oleh Gereja Rom
Kerajaan Kecil di Semenanjung Tanah Arab: Berbahasa Arab
Asal Usul Bangsa Arab
Perbezaan antara Bahasa Arab dengan Bahasa Akkadi-Babylon
Persamaan Bahasa Arab dan Bahasa Assyria

6. Bahasa Batu Bersurat dan Bentuk Penulisan
Batu Bersurat Kuno
Bahasa Semitik atau Bahasa Jazirah?
Kalimah Allah
Nabi Muhammad SAW Berbangsa Arab
Pandangan Tokoh Dunia terhadap Keperibadian Nabi Muhammad SAW
Pengumpulan al-Quran dan Hadis
Perkembangan Tulisan Arab Fushah oleh Tabi’ Tabiin
Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight 0.534 kg
Dimensions 21.5 × 13.9 × 2.4 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.