Revolusi dan Rakyat: Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah, 1947-1949

NAZARUDIN ZAINUN adalah Pensyarah Kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Sejarah Sosioekonomi Asia Tenggara, khususnya sejarah Indonesia dan Sejarah Awal Asia Tenggara serta sejarah dunia Melayu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sejarah Indonesia dari Universitas Indonesia. Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah pula diperoleh dari USM. Kajian beliau tertumpu pada Sejarah Revolusi dan Tentera Republik Indonesia semasa zaman revolusi serta kajian tentang kemelesetan ekonomi dunia, khususnya Pulau Jawa. Selain itu, beliau juga mengkaji sejarah awal ketamadunan, khususnya zaman protosejarah di Asia Tenggara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan pertama, 2019)
326 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM32.00

In stock

Revolusi dan Rakyat: Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah, 1947-1949 bermula dengan tinjauan ringkas terhadap tahun-tahun sebelum revolusi, kerana kemelesetan ekonomi dunia dan zaman pendudukan Jepun telah menyebabkan gangguan yang hebat dari segi politik, ekonomi dan sosial, serta mempunyai kesan meluas terhadap rakyat yang bangkit memimpin revolusi. Tujuan kajian ini untuk memastikan setakat mana kedua-dua kejadian tersebut memburukkan lagi kesengsaraan ekonomi dan terkendalanya perkembangan sosial yang dialami oleh rakyat semasa tahun-tahun revolusi.

Secara keseluruhan, semasa tahun-tahun revolusi, taraf hidup rakyat daripada kumpulan yang berlainan seperti petani, buruh tani dan kilang, peniaga dan kakitangan kerajaan tidaklah lebih baik daripada di bawah pemerintahan penjajah Belanda dan tidaklah lebih buruk daripada zaman pendudukan jepun. Tidak diragukan lagi bahawa rakyat di kawasan ini sama seperti di mana-mana wilayah di Indonesia pada masa itu, telah membuat pengorbanan yang berat dengan kesengsaraan ekonomi dan tergendala perkembangan sosial yang dipertahankan mereka semasa revolusi, yang telah membuka jalan kepada kemunculan sebuah negara bangsa yang baharu.

Tulisan dan kajian tentang sejarah Indonesia zaman revolusi telah banyak memenuhi perbendaharaan perpustakaan sejarah Indonesia. Sebahagian besar daripada kajian tersebut tidak membincangkan kesan ekonomi dan sosial terhadap rakyat sebagai akibat daripada revolusi. Pengalaman rakyat pada masa itu sebahagian besar belum lagi dikaji oleh sejarawan, kerana terdapat halangan dalam pengumpulan dan pengadaan sumber, terutama yang menggambarkan kehidupan rakyat. Cerita tentang revolusi seperti gerakan politik yang dipimpin oleh tokoh-tokoh pimpinan nasional seperti Sukarno, Hatta dan Sjahrir telah pun digambarkan oleh pakar-pakar tentang gerakan politik, tetapi tentang peranan rakyat yang membantu gerakan politik tersebut tidak mendapat kedudukan dan bahagian yang sesuai dalam “cerita-cerita” mereka.

Dengan itu, Revolusi dan Rakyat: Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah, 1947-1949 ditulis untuk memberikan gambaran umum tentang pengalaman rakyat dari aspek sosial dan ekonomi semasa zaman revolusi ini.

Tulisan tentang kesan sosioekonomi daripada revolusi Indonesia terhadap rakyat terhad di kawasan Jawa Tengah bahagian barat, yang pada masa revolusi, terdiri daripada residensi Pekalongan, Banyumas, Kedu dan Yogyakarta. Kawasan ini menyaksikan pertempuran yang hebat semasa perjuangan revolusi untuk mempertahankan kemerdekaan dan sebab itulah sejarah kawasan ini perlu ditulis dan dikaji, terutamanya kesan sosioekonomi terhadap rakyat bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Weight0.39 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.