Out of stock

Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika

SULAIMAN AL-TAJIR was a 9th-century Muslim merchant, traveler and writer initially from Siraf in modern-day Iran. He traveled to India and China and wrote an account of his voyages around 850AD.

ABU ZAYD AL-SIRAFI was a seafarer who moved from the Persian port-city of Siraf to Basra in 303 H/915-916 AD. He wrote the second half of Accounts of China and India, supplementing an earlier section written by an unknown mariner and merchant fifty years earlier.

ARSYAD MOKHTAR adalah pengkaji sejarah Alam Melayu dan penerjemah karya-karya lama.

Baytul Hikma (2017)
211 halaman

RM50.00

Out of stock

Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika merupakan satu kitab yang penting dalam dunia penjelajahan dan pembukaan wilayah baharu. Mungkin kerana inilah para orientalis Eropah beberapa kali menerjemahkannya ke dalam bahasa mereka. Barangkali kerana kitab ini juga antara penggalak era penjelajahan dan penjajahan mereka ke negeri-negeri di bawah angin. Walaupun dalam kitab ini berisi banyak juga penceritaan berkait Rantau kepulauan Melayu, namun sepanjang pengetahuan, belumlah lagi ada terjemahannya ke dalam bahasa Melayu. Maka, kami boleh mendakwa bahawa risalah terjemahan ini adalah merupakan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang pertama.

Sulaiman As-Sirafi merupakan seorang saudagar bangsa Iran daripada penduduk Pelabuhan Siraf yang menganjur keluar ke Teluk Parsi. Beliau telah mengembara ke China dan menulis kenang-kenangan pengembaraannya ini di dalam sebuah kitab yang dikarangnya dalam bahasa Arab. Kitab ini segera diambil dari beliau oleh Abu Zaid Hasan Bin Yazid As-Sirafi dan meriwayatkannya serta dijadikannya tersusun indah. Abu Zaid telah menghabiskan zaman kanak-kanaknya di tempat kelahirannya iaitu Siraf kemudian berhijrah ke Basrah pada tahun 330 hijrah lalu menetap di sana.

Pada hakikatnya beliau bukanlah seorang pengembara dan bukan pula seorang yang alim bahkan daripada yang nampak jelas adalah seorang yang sangat sukakan kisah-kisah seperti ini yang mana mudah untuk dikumpulkan riwayat-riwayat yang pelbagai sama ada di tempat lahirnya—Siraf—mahupun di Basrah. Beliau adalah contoh terbaik baik para saudagar Arab dan Parsi yang belayar menuju ke China. Sesungguhnya seorang Orientalis Perancis bernama Ferrand telah mengkaji kisah dan riwayat yang datang daripada beliau lalu meneliti kembali setiap jejaknya menggunakan peta moden lantas mendapati semua yang disebutkan itu adalah sangat terperinci dan penuh amanah ilmu tahap tertinggi.

Sulaiman At-Tajir merupakan pemilik kepada rihlah ini, dimana Abu Zayd As-Sirafi telah mengambil riwayat dan menyusun ceritanya. Beliau ini termasuk dari kalangan para pengembara terawal yang mengkhabarkan cerita pengembaraan mereka yang aneh-aneh serta riwayat-riwayat yang menarik berkenaan negeri-negeri yang dilawati mereka. Beliau bermusafir beberapa kali atas maksud berdagang ke negeri Hindi dan China. Seorang orientalis Perancis iaitu Ferrand telah mengkaji apa yang diceritakan beliau serta mengikut jejak-jejak perjalanan beliau berdasarkan peta masa kini lalu mendapati apa yang diceritakan itu benar-benar terperinci dan penuh amanah ilmiyah.

Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika oleh Abu Zayd As-Sirafi ialah naskhah yang sangat penting, berharga, lagi tunggal kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Paris. Para penyalin naskah telah menambahkan suatu muqaddimah yang tiada kaitan langsung dengan isi kandungan kitab ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.147 kg
Dimensions 21 × 14.8 × 1.5 cm
Edition

Format

Language

ISBN

9789672091103

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.