Out of stock

Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika

Kumpulan cerita-cerita oleh SULAIMAN AL-TAJIR dan ABU ZAYD AS-SIRAFI

Terjemahan oleh ARSYAD MOKHTAR

Baytul Hikma (Cetakan pertama, 2017)
211 halaman

RM50.00

Out of stock

Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika merupakan satu kitab yang penting dalam dunia penjelajahan dan pembukaan wilayah baharu. Mungkin kerana inilah para orientalis Eropah beberapa kali menerjemahkannya ke dalam bahasa mereka. Barangkali kerana kitab ini juga antara penggalak era penjelajahan dan penjajahan mereka ke negeri-negeri di bawah angin. Walaupun dalam kitab ini berisi banyak juga penceritaan berkait Rantau kepulauan Melayu, namun sepanjang pengetahuan, belumlah lagi ada terjemahannya ke dalam bahasa Melayu. Maka, kami boleh mendakwa bahawa risalah terjemahan ini adalah merupakan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang pertama.

Sulaiman As-Sirafi merupakan seorang saudagar bangsa Iran daripada penduduk Pelabuhan Siraf yang menganjur keluar ke Teluk Parsi. Beliau telah mengembara ke China dan menulis kenang-kenangan pengembaraannya ini di dalam sebuah kitab yang dikarangnya dalam bahasa Arab. Kitab ini segera diambil dari beliau oleh Abu Zaid Hasan Bin Yazid As-Sirafi dan meriwayatkannya serta dijadikannya tersusun indah. Abu Zaid telah menghabiskan zaman kanak-kanaknya di tempat kelahirannya iaitu Siraf kemudian berhijrah ke Basrah pada tahun 330 hijrah lalu menetap di sana.

Pada hakikatnya beliau bukanlah seorang pengembara dan bukan pula seorang yang alim bahkan daripada yang nampak jelas adalah seorang yang sangat sukakan kisah-kisah seperti ini yang mana mudah untuk dikumpulkan riwayat-riwayat yang pelbagai sama ada di tempat lahirnya—Siraf—mahupun di Basrah. Beliau adalah contoh terbaik baik para saudagar Arab dan Parsi yang belayar menuju ke China. Sesungguhnya seorang Orientalis Perancis bernama Ferrand telah mengkaji kisah dan riwayat yang datang daripada beliau lalu meneliti kembali setiap jejaknya menggunakan peta moden lantas mendapati semua yang disebutkan itu adalah sangat terperinci dan penuh amanah ilmu tahap tertinggi.

Sulaiman At-Tajir merupakan pemilik kepada rihlah ini, di mana Abu Zayd As-Sirafi telah mengambil riwayat dan menyusun ceritanya. Beliau ini termasuk dari kalangan para pengembara terawal yang mengkhabarkan cerita pengembaraan mereka yang aneh-aneh serta riwayat-riwayat yang menarik berkenaan negeri-negeri yang dilawati mereka. Beliau bermusafir beberapa kali atas maksud berdagang ke negeri Hindi dan China. Seorang orientalis Perancis iaitu Ferrand telah mengkaji apa yang diceritakan beliau serta mengikut jejak-jejak perjalanan beliau berdasarkan peta masa kini lalu mendapati apa yang diceritakan itu benar-benar terperinci dan penuh amanah ilmiyah.

Riḥlatus Sīrāfī: Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika oleh Abu Zayd As-Sirafi ialah naskhah yang sangat penting, berharga, lagi tunggal kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Paris. Para penyalin naskah telah menambahkan suatu muqaddimah yang tiada kaitan langsung dengan isi kandungan kitab ini.

Pengantar Penterjemah
Muqaddimah Naskhah Maktabah Asy-Syamilah
Muqaddimah Naskhah Asy-Syaruni
Muqaddimah Naskhah Dr. Saif

KITAB PERTAMA

1. Bab Mengenai Laut Di Antara Negara Hind Dan Sindh Ghuz Dan Maghuz, Gunung Qaf, Negeri Sarandib dan Fath Abu Hubaisy
2. Wal dan Lusyk
3. Laut Harakand
4. Gunung di Pulau Sarandib Tempat di mana Nabi Adam Diturunkan
5. Tengkorak Kepala Untuk Mendapatkan Isteri
6. Pulau-Pulau Orang Tidak Berpakaian
7. Pemakan Daging Manusia
8. Bukit Perak
9. Ribut Laut
10. [Kekurangan Barang Dagangan]
11. Seorang Muslim Mengelola Hukum-Hakam Orang Islam di Khanfu
12. Pelayaran Kapal-Kapal China Antara Siraf dan Oman
13. Dari Masqat ke Hind
14. Suatu Kaum yang Memakai Kain Sarung
15. Kaum yang Memakai Dua Helai Kain Sarung
16. Pasang Surut Air
17. Pulau Maljan
18. Belalang Air
19. Haiwan Celak
20. Gunung Berapi
21. Adat Resam Penduduk China
22. Berita Mengenai Negeri-Negeri Hind dan China serta Raja-Rajanya
23. Raja Jurz
24. Raja Tofiq
25. Badak Sumbu
26. Raja Kasybin
27. Raja-Raja Yang Lain
28. [Bandar-Bandar di China]
29. Adat Penduduk China dalam Urusan Kematian
30. Adat Turun-Temurun Penduduk Hind
31. Ahli Ibadat Hindu
32. Perbezaan Adat dan Budaya Penduduk Hind dan China

KITAB KEDUA

1. Daripada Berita-Berita Negeri China dan Hind
2. Hukuman Terhadap Penzina Lelaki dan Perempuan
3. [Pelacur Berdaftar]
4. Urusan Kewangan
5. Rumah-Rumah di Negeri China
6. Kedudukan Khadam di Negeri China
7. Kemahiran Orang China dalam Kerjatangan
8. Pertemuan Antara Seorang Laki-Laki Quraisy dengan Raja China
9. Bandar Khumdan
10. Bersambungnya Laut
11. Mengenai Bandar Zabaj
12. Kisah Raja Qumar dengan Maharaja, Raja Zabaj
13. Perpindahan Roh
14. Kembali Kepada Berita Penduduk China Mengenai Sebahagian Perkara Mereka
15. Pemilihan Hakim
16. Kasturi
17. Sebahagian Perkhabaran Tentang China
18. Sebahagian Khabar Mengenai Hind
19. Pulau Sarandib
20. Musim Tengkujuh di Hind…
21. Khabar-Khabar Lain daripada Hind
22. Negeri Az-Zanj
23. Pulau Suqatra
24. Bahagian Sebelah Kanan Hind
25. ‘Anbar
26. Mutiara
27. Kisah Musang dan Mutiara
28. Raja-Raja Hind

Weight0.147 kg
Dimensions21 × 14.8 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.