Out of stock

Riwayat Hidup Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith

Oleh: Mohd Muhiden Abd. Rahman

DBP (Cetakan Pertama 2006)
88 halaman

RM5.00

Out of stock

Product ID: 899 SKU: 9789836287946 Categories: , Tags: , , , , , ,

Buku Riwayat Hidup Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith akan memperkenalkan riwayat hidup seorang tokoh kenamaan pada abad ke-7 H, iaitu al-Imam Muhyi al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf ibn Murri al-Nawawi. Ketokohannya yang begitu terserlah dalam dunia keilmuan dan sumbangan besar yang telah diwariskannya dalam bidang hadis telah banyak membantu generasi kemudian memahami Islam dan menghayatinya sebagai satu cara hidup yang sebenarnya. Karya-karyanya yang sentiasa menjadi sebutan para ilmuwan dan penuntut ilmu seperti al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyad al-Salihin dan al-Arba’un al-Nawawiyyah cukuplah sebagai gambaran betapa masyhur dan luasnya penguasaan ilmu tokoh yang hendak kita bicarakan ini.

Sifat-sifat dan perwatakan terpuji Imam al-Nawawi jelas kelihatan ketika beliau masih kecil lagi. keengganan beliau bermain dengan rakan-rakannya sebaliknya lebih suka membaca dan menghafal al-Quran membuktikan kekuatan peribadinya. Walaupun sibuk menguruskan kedai, namun kerja-kerja tersebut tidak menghalang beliau daripada menghafal al-Quran. Beliau juga mempunyai beberapa sifat terpuji seperti kesungguhan dan ketekunannya dalam menuntut ilmu, tanpa menghiraukan tidur dan makan minumnya. Ini terbukti daripada kemampuannya mempelajari sebanyak 12 pelajaran dalam masa sehari. Ketekunan beliau ini, bukan sahaja dalam menuntut ilmu tetapi juga dalam beramal. Menurut al-Qutb al-Yunani: “Beliau banyak membaca al-Quran dan berzikir. Selain itu, beliau juga sering berpuasa dan berjaga malam, sama ada untuk beribadat, membaca al-Quran ataupun mengarang”.

Kalau dikira dengan umur beliau yang begitu singkat, iaitu dalam lingkungan 40 tahun dengan hasil karya yang begitu banyak, maka seolah-olah sebanyak 20 kurrasah dapat dihasilkannya dalam masa sehari. Sedangkan beliau mula menuntut dan mendalami ilmu agama semasa umurnya meningkat 18 atau 19 tahun. Sementara penulisannya pula bermula di sekitar tahun 660 Hijrah, iaitu selepas 10 tahun berada di Damsyik sehinggalah beliau wafat. Ini bermakna beliau berjaya menghasilkan karya yang begitu banyak itu dalam masa 16 sahaja.

Sekalipun sibuk dengan tugas mengajar, beliau terkenal sebagai seorang yang kuat beramal, takwa serta warak, keadaan ini tidak menghalang beliau daripada mengarang dan menyusun beberapa buah hasil karya. Ini membuktikan yang beliau amat prihatin menjaga masa dan tidak pernah mensia-siakannya walau sedikit. Walaupun berjaya menghasilkan karya yang begitu banyak dalam waktu yang singkat ini, hasil karyanya bermutu. Malah ia mendapat sambutan dan tersebar luas ke seluruh dunia Islam. Menurut al-Yafi’i: “Keberkatan karya-karya beliau begitu jelas berdasarkan sambutan yang diterima di segenap tempat.”

Menurut Ibn al-‘Attar pula: “Orang ramai mendapat manfaat daripada karya-karya beliau dan mereka bertungkus lumus mendapatkannya. Hinggakan aku pernah melihat orang yang tidak pernah bersetuju dengannya (al-Nawawi) semasa hayatnya ikut sama mendapatkannya.”

Karya-karya Imam al-Nawawi mencakupi pelbagai bidang ilmu, termasuklah fiqah, hadis, ‘Ulum al-Hadis, Usul al-Fiqh, tauhid, bahasa Arab, biografi dan lain-lain. Keistimewaan karya-karya beliau ialah penerangannya jelas, ibaratnya tepat, mudah difahami dan bahasanya spontan. Begitu juga dengan gaya bahasanya, amat menarik, sehingga Ibn Malik yang terkenal sebagai ahli bahasa dan pakar nahu tertarik dengan gaya bahasa beliau. Oleh sebab pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat tentang keilmuan, kepakaran dan kebolehan beliau dalam mengarang maka mereka berlumba-lumba untuk memiliki dan mempelajari kitabnya, tidak kira sama ada mereka yang semazhab dengan beliau ataupun tidak.

Walaupun mereka yang berlainan mazhab dengannya tidak menjadikan kitabnya sebagai asas pegangan mereka, namun mereka meninjau juga dalil-dalil mazhab beliau iaitu mazhab a’-Shafii yang terdapat dalam karya-karya beliau dalam bidang fiqah. Sementara karya-karya beliau dalam bidang-bidang lain selain daripada fiqah, telah dijadikan rujukan utama dan dimanfaat oleh semua golongan dan mazbah.

Karya-karya al-Nawawi, sebahagiannya sempat disempurnakan oleh beliau dan sebahagian lagi tidak sempat disempurnakan akibat kewafatannya. Bagaimanapun ada di antaranya yang telah disempurnakan oleh ulama selepasnya dan kebanyakan hasil karya beliau telah diterbitkan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.93 kg
Dimensions 14.0 × 0.6 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836287946

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Riwayat Hidup Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.