Ruba’i Hamzah Fansuri: Karya Sastera Sufi Abad XVII

ALI HASJMY (1914-1998) adalah sasterawan, ulama, dan tokoh daerah Aceh.

DBP (Cetakan Kedua, 2019)
68 halaman termasuk Bibliografi

RM10.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 2 reward points!
ISBN: 9789834923068 Product ID: 31913 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Ruba’i Hamzah Fansuri: Karya Sastera Sufi Abad XVII merupakan kajian teks terhadap sebuah karya sastera dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 42 buah rangkap sajak, yang berisi inti ajaran Syeikh Hamzah Fansuri sendiri, iaitu Wahdatul Wujud, yang telah menggegarkan Dunia Islam Melayu pada zamannya. Ruba’i itu ialah karangan Syeikh Hamzah Fansuri sendiri, sementara naskhah lama yang saya temui itu bernama Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri, iaitu ruba’i yang disyarahkan oleh salah seorang murid dan khalifah terkemuka daripada pujangga itu sendiri, Syeikh Syamsuddin Sumatrani namanya. Naskhah lama itu mengandungi rubai Hamzah Fansuri dan syarahnya.

Penulis berpendapat bahawa naskhah karya sastera Hamzah Fansuri itu perlu diketengahkan kembali ke ribaan masyarakat yang berbahasa Melayu di rantau ini, setelah lama ia bermukim dalam kandungan kealpaan manusia. Mendahului penampilan Ruba’i Hamzah Fansuri dan syarahnya, terlebih dahulu penulis menyajikan huraian tentang ajaran Wahdatul Wujud sebagai suatu aliran dalam tasawuf, kemudian dengan ikhtisar sejarah hidup Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsuddin Sumatrani, dan selanjutnya sedikit ulasan tentang karya sastera sufi, yang kesemuanya itu ada hubungan yang erat dengan penampilan kembali naskhah lama itu.

Yang menjadi pokok pertentangan antara Syeikh Hamzah Fansuri dengan Syeikh Syamsuddin Sumatrani di satu pihak dengan Syeikh Nuruddin Ar-Raniri di pihak yang lain, ialah Wahdatul Wujud sebagai aliran tasawuf. Kedua-dua belah pihak telah mengarang berbagai-bagai kitab untuk mempertahankan pendirian masing-masing dan menyerang pendirian lawan. Aliran Wahdatul Wujud yang dianut oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumatrani sesudah wafat kedua-dua beliau itu, telah berkembang sedemikian rupa yang makin lama makin menjauh daripada keasliannya sehingga akhirnya berubah menjadi berbagai-bagai tarekat yang sesat dan menyesatkan, yang dalam masyarakat Aceh kemudian terkenal dengan nama Saleek Buta atau dengan terjemahan bebasnya, Pengembara Buta.

Wahdatul Wujud dengan Saleek Buta berbeza sekali, sekalipun yang kedua ini diciptakan oleh para pengikut yang pertama yang awam akalnya. Wahdatul Wujud ialah suatu aliran dalam tasawuf yang dipelopori oleh Al-Hallaj dan Ibnu Araby, sementara Saleek Buta pada hakikatnya ialah sisa-sisa ajaran Syiah dari mazhab yang paling ekstrem, seperti Qaramithah, yang menempatkan “imam-imam” mereka di luar batas makhluk, kerana para imam itu ialah pancaran daripada Khalik. Mereka berpendapat bahawa Allah dapat menjelma dalam tubuh imam-imam mereka, sehingga imam-imam itu bebas daripada tugas makhluk yang lain, bahkan juga dapat membebaskan para pengikutnya daripada tugas-tugas tersebut. Ajaran-ajaran mereka sungguh menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Prakata

1. Ruba’i Hamzah Fansuri
2. Kitab Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri — Karangan Syeikh Syamsuddin Ibn Abdullah Sumatrani
3. Lampiran Salinan Teks Asal Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri

Bibliografi

Weight 0.119 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 0.6 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.