Rupa dan Gaya: Busana Melayu

AZAH AZIZ (b. 1928 — d. 2012) atau nama penuhnya Sharifah Azah Syed Mohd Alsagoff adalah seorang tokoh budayawan Malaysia yang telah berjaya mempopularkan pakaian tradisional Melayu melalui ceramah, seminar, dan pertunjukan pakaian kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Beliau juga merupakan isteri kepada Ungku Aziz.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama Edisi Kedua 2009)
376 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM250.00

In stock

ISBN: 9789679429015 Product ID: 1811 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu garapan Azah Aziz terungkai indah dalam Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Azah Aziz begitu mencintai warisan Melayu. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat, adat-resam dan artifak yang dirasakannya dapat memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi warisan orang Melayu sejak zaman silam. Istimewanya Rupa dan Gaya: Busana Melayu, ianya digarap dan disulam bersama keindahan syair, pantun, gurindam, ungkapan dan pelbagai bahan bacaan kegemarannya. Minatnya dalam menelusuri bidang ini bagaikan lautan yang tak bertepi. Buku ini memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang.

Pada dasarnya, kandungan Rupa dan Gaya: Busana Melayu berkisar sekitar busana dan tekstil Melayu, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan juga bidang-bidang kesenian lain yang ada kaitan dengannya. Patut dicatatkan di sini bahawa penulis tidak menyentuh tentang busana Sabah dan Sarawak dalam buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu kerana menurut hemat penulis, pengetahuan beliau mengenai hal itu yang amat terbatas mengenainya. Kalau dicampurkan busana kedua-dua negeri itu, terdapat lebih 60 jenis busana yang masing-masing mempunyai daya penarik dan keindahannya yang tersendiri. Tekstil tenunan, sulaman dan hiasan manik yang halus buatan negeri-negeri itu memang mengagumkan pencinta budaya dan seni di Semenanjung Tanah Melayu! Maka biarlah orang Sabah dan Sarawak yang lebih tahu dan arif mengenainya, memperkatakannya sendiri.

Melalui buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu, penulis ingin merenung kembali nilai-nilai estetika dari persepsi dan daya kreatif orang Melayu zaman dahulu, yakni menurut fahaman peribadi penulis. Maka penulis cuba kumpulkan ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat, adat-resam, dan artifak yang beliau rasa memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi pegangan orang Melayu sejak zaman silam. Ingin penulis rakamkan juga aneka konsep dan kehalusan cita rasa yang sebilangannya masih berkekalan dalam budaya Melayu hingga hari ini. Semestinyalah usaha ini amat terbatas dan hanya mampu menghayati cebisan dan imbasan daripada segala yang menyerlah yang dapat penulis tadah dan tampung. Namun, menurutnya, beliau tidak ragu-ragu mengetengahkannya untuk dikongsi dan dinikmati bersama oleh generasi hari ini, tua dan muda.

Pada umumnya, sebahagian huraian Rupa dan Gaya: Busana Melayu berdasarkan perbincangan penulis dengan orang tua-tua, yang serba arif lagi bijaksana dan kaya dengan ilmu dan pengalaman dalam bidang masing-masing. la juga termasuk hasil rujukan kepada sastera klasik Melayu, istimewanya hikayat, syair, pantun, gurindam, ungkapan, risalah dan makalah yang menjadi bacaan kegemaran penulis. Tidak ketinggalan juga pelbagai buku rujukan lain mengenai tekstil dan busana umumnya, termasuk kamus-kamus lama.

Sebahagian yang lain pula adalah dari ingatan serta pengalaman yang telah penulis lalui dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga membawa ke usia lanjut hari ini kenangan yang kadangkala sayup-sayup, kadangkala begitu rancak dan segar dalam memori yang tidak dapat dilupakan. Semoga pembaca budiman sudi melibatkan diri dan menerima semua ini dengan memberikan pula penilaian baru kepadanya. Betapapun, sayangilah yang indah dan murni dalam khazanah budaya warisan bangsa. Peliharalah dan pertahankanlah ia agar terus kekal abadi. Setiap yang indah pasti mengusik lalu memperkaya minda kita sambil membawa erti dan seri yang murni ke dalam hidup ini. Rupa dan Gaya: Busana Melayu bolehlah dianggap magnum opus beliau. Harapan penulis semoga himpunan busana Melayu yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara.

Prakata
Seceper Bunga
Mukadimah
Rimba Larangan
Persalinan Gemilang Cik Siti Wan Kembang

1. Alam Melayu
2. Awan Melayu
3. Warna Mengerna
4. Kain Ini Kain Nan Indah
5. Abadinya Kain Sarung
6. Busana Melayu
7. Busana Dewangga
8. Busana Perkasawan
9. Busana Persembahan
10. Hiasan dan Alatan
11. Mayang Mengurai
12. Busana dan Rajah

Akhirulkalam
Rujukan
Indeks

Weight2.05 kg
Dimensions31 × 23.6 × 3 cm
Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.