Out of stock

Sabah dalam Hubungan Malaysia-Indonesia

Disunting oleh RAMLI DOLLAH, MOHAMMAD FAIZAL RASHID dan EKO PRAYITNO JOKO

Penerbit UMS (Cetakan Pertama, 2019)
271 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM65.00

Out of stock

Sabah dalam Hubungan Malaysia-Indonesia membahaskan berkenaan persoalan hubungan Malaysia-Indonesia yang dicorakkan dengan kepelbagaian warna dan rasa yang dilihat sebagai resipi kepada hubungan “abang-adik” yang telah terjalin sebelum penjajah tiba ke rantau ini. Maka, buku ini dihasilkan untuk melihat sendiri keunikan dalam hubungan kedua-dua berjiran negara ini. Dengan memfokuskan kepada Sabah sebagai salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia, buku ini menawarkan kajian-kajian yang bersifat unik dan menarik untuk diteliti kerana hubungan wilayah-wilayah yang marginal ini tidak dapat dijelaskan dengan melihat peringkat makro hubungan ini. Walaupun terdapat beberapa konflik dan masalah yang menghambat hubungan kedua-dua negara ini terutamanya di Sabah, isu-isu ini hanyalah sebahagian daripada naratif dalam hubungan kedua-dua negara ini. Konflik dan masalah-masalah yang berlaku ini tidak boleh terlalu diberikan perhatian kerana terdapat banyak isu lain yang boleh membawa kepada keharmonian perlu diketengahkan dalam memahami hubungan kedua-dua negara.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serumpun sebagai dua negara merdeka secara rasminya bermula pada tahun 1957. Indonesia yang telah mencapai 12 tahun kemerdekaan lebih awal sangat menyambut baik kemerdekaan Tanah Melayu. Malah, pada pandangan Indonesia, kebebasan Tanah Melayu akan membuka satu lembaran baharu dalam hubungan Tanah Melayu-Indonesia. Walau bagaimanapun, hubungan dua hala yang terjalin kemudiannya mengalami pasang surut. Perkara ini banyak dipengaruhi secara langsung oleh pembentukan negara bangsa oleh kedua-dua buah negara khususnya dari segi persempadanan. Pasang surut dalam menelusuri hubungan antara kedua-dua buah negara ini antaranya melibatkan isu penggabungan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada tahun 1963 yang akhirnya membawa kepada pertumpahan darah antara kedua-dua buah negara. Dalam konteks ini, Sabah merupakan salah satu negeri yang terlibat dengan peristiwa konfrontasi dan mencatatkan sejarah hitam antara keduanya melalui “Peristiwa Kalabakan“. Keadaan ini dipengaruhi secara langsung oleh kedudukan geografi negeri Sabah yang berkeluasan 73,620 km persegi dengan muka bumi yang berbukit bukau dan bersempadan darat dengan Indonesia (Kalimantan). Faktor kedekatan (sempadan) ini yang menjadi salah satu faktor keterlibatan Sabah dalam peristiwa konfrontasi. Walaupun peristiwa hitam tersebut sudah lama berlalu, peristiwa konfrontasi cukup menjelaskan Sabah terkesan dalam hubungan Malaysia-Indonesia.

Kesan itu jelas kekal hingga kini apabila membicarakan tentang Sabah dalam hubungan Malaysia-Indonesia, pemikiran pembaca lazimnya akan diselimuti dengan isu-isu yang berakarkan kepada konsep authority-defined seperti peristiwa konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia yang dijelaskan sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, Sabah juga dikaitkan sebagai ‘rumah’ kepada pendatang tanpa izin (PTI) dari Indonesia yang terus menghantui persepsi negatif warga asing Indonesia di negeri Sabah. Walaupun dihantui dengan isu-isu yang melibatkan hubungan Malaysia-Indonesia, Sabah yang menjadi jiran kepada Indonesia turut mempunyai peranan dan mandirinya dalam menjadi tali pengikat kepada hubungan Putrajaya-Jakarta. Tali pengikat ini telah dibina berasaskan terma keserumpunan dan membolehkan asas-asas keserumpunan seperti bangsa, budaya, agama dan sebagainya mempunyai nilai sepunya untuk dikongsi bersama. Bagi memahami kelangsungan hubungan bilateral Malaysia-Indonesia melalui keserumpunan (khususnya di Sabah), maka bab-bab yang hadir dalam buku ini boleh dijadikan pedoman.

Senarai Jadual
Senarai Foto
Senarai Rajah
Prakata
Penghargaan

1. Sabah dalam Hubungan Malaysia-Indonesia: Keserumpunan sebagai ‘Benang Merah’
Mohammad Faizal Rashid, Ramli Dollah & Eko Prayitno Joko

2. Sekolah Indonesia di Kota Kinabalu, Sabah: Antara Tuntutan Hak Asasi dan Memenuhi Reaksi Lokal
Jalihah Md. Shah, Rosazman Hussin & Dzurizah Ibrahim

3. Pengaruh Eksport terhadap KDNK: Kajian Kes Eksport Petroleum dan Besi Sabah ke Indonesia
Petrus Gandilau, Janice L. H. Nga & Sarma Aralas

4.Perdagangan Tukar Barang (Barter Trade) melalui Tawau (Malaysia)-Indonesia: Isu dan Cabaran
Ramli Dollah, Amrullah Maraining & Sabturiana Abas

5. Penerimaan dan Pleasure Wanita Melayu Brunei Sabah dalam Menonton Drama Indonesia di Televisyen
Saat Awang Damit

6. Sejarah Awal Komuniti Bugis di Tawau, Sabah (1882-1931)
Suraya Sintang

7. Memaknai Kesejahteraan Pembangunan Masyarakat Sempadan Malaysia-Indonesia dari Sudut Pandang Every Day-Defined: Kajian Kes di Pulau Sebatik
Mohammad Faizal Rashid & Ramli Dollah

8. Isu Laut Sulawesi dalam Hubungan Malaysia-Indonesia: Analisis dari Sudut Keserumpunan
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Zaini Othman & Marja Azlima Omar

9. Isu Keselamatan di Sabah dalam Konteks Hubungan Malaysia-Indonesia
Ramli Dollah & Amrullah Maraining

10. Ancaman Jenayah Melibatkan Migran Indonesia dalam Kehidupan Masyarakat Sabah: Suatu Perspektif Sosio-Perundangan
Rohani Abdul Rahim, Rovina Intung, Muhammad Afiq Ahmad Tajuddin, Azizah Landa & Herlina Makanah

11. Mandur Syarif: Tokoh Pendakwah Indonesia dalam Pengislaman Masyarakat Dusun Ranau (1940-1952)
Eko Prayitno Joko

12. Hubungan Malaysia-Indonesia pada Awal Kemerdekaan: Insiden Kalabakan, 29 Disember 1963
Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee

13. Koleksi Tepak Sirih di Muzium Sabah dan Muzium Nasional Indonesia: Jalinan Budaya Malaysia-Indonesia
Norhuda Salleh

14. Pola Penontonan Drama Indonesia dan Pembentukan Identiti dalam Kalangan Belia Diaspora Bugis Malaysia (Sabah)
Haryati Abdul Karim & Mohd Hanafi Jumrah

15. Nasionalisme dan Identiti Politik Sempadan Sabah (Malaysia)-Kalimantan (Indonesia): Kajian Kes Etnik Murut Bantul
Zaini Othman

16. Sabah dalam Hubungan Malaysia-Indonesia; Meninjau ke Belakang, Mencongak ke Hadapan
Ramli Dollah, Eko Prayitno Joko & Mohammad Faizal Rashid

Senarai Penyumbang
Bibliografi
Indeks

Weight0.497 kg
Dimensions24.2 × 16.5 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.