Out of stock

Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya

NORDIN HUSSIN adalah Profesor di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Slralegi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau banyak tertumpu tentang sejarah sosial dan ekonomi yang berlaku di Asia Tenggara pada abad ke-17 hingga abad ke-19, Sejarah masyarakat pedagang Melayu dan Bugis adalah sebahagian daripada kajian yang menjadi lukas utamanya.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2013)
477 halaman

RM75.00

Out of stock

Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya menceritakan sejarah keluarga Upu Daeng lima bersaudara dari keluarga bangsawan Bugis. Mereka berasal dari pulau Sulawesi berjaya mencorakkan sejarah yang berlaku di tanah leluhur kerajaan Melayu. Kesan jangka panjang yang dibawa oleh Upu Daeng lima bersaudara, iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Celak, dan Daeng Kemasi yan berjaya meletakkan dirinya ke dalam keluarga diraja Melayu dari kesultanan dan kerajaan Melayu di Mempawah, Sambas, Sukadana, Johor-Riau, Lingga, Indragiri, Kedah dan Selangor.

Buku ini menceritakan tentang peranan lima bersaudara dari keturunan Daeng dari tanah Bugis berjaya mengubah dan mencorakkan suasana politik pulau Borneo, Jawa, Johor, Riau, Lingga, Siak, Indragiri, Selangor dan Kedah. Juga mencatatkan tentang sejarah ringkas penulisan dan asal-usul manuskrip yang disalin dan ditulis berdasarkan naskhah yang diterima dari Pontianak. Pemilik asal manuskrip ialah Sayyid al-Sarif Abd al-Rahman ibn Sayyid al-Sharif Qassim, Sultan Pontianak, ibn Sayyid al-Sharif Abd. al-Rahman al-Qudri.

Maklumat awal manuskrip Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya tidak banyak diketahui. Manuskrip ini telah diperoleh dari seorang pengumpul manuskrip lama yang tidak dinyatakan identitinya. Pada tahun 1932, manuskrip ini telah dibeli dan disimpan dalam koleksi manuskrip Melayu oleh perpustakaan Universiti Leiden. Sejak tersimpan di perpustakaan Universiti Leiden tiada sebarang maklumat tentang manuskrip ini. Malahan pihak perpustakaan juga tidak menyatakan dari mana ia diperolehi. Namun demikian penjelasan awal tentang lambelakang manuskrip ini pernah ditulis oleh R. Roolvink yang memberikan nota pengenalan kepada manuskrip ini pada tahun 1980.

Manuskrip yang bertajuk Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya ini dikatalogkan dengan Cod. Or. 6345 ditulis didalam kertas berukuran 21 x 17 cm dengan beberapa muka surat yang kosong. Setiap muka surat yang bentulis telah ditandakan dengan nombor yang berhuruf jawi bermula dengan muka surat 1 hingga 193 dan selebihnya tanpa ditulis sebarang muka surat. Disamping itu terdapat sebanyak 26 muka surat dalam teks ini yang tidak bernombor. Jumlah keseluruhan muka surat manuskrip ini adalah sebanyak 219 halaman. Terdapat juga nota yang telah ditulis dalam manuskrip ini yang telah dilakukan oleh penulis terkemudian. Disamping itu terdapat nota pendek dan ringkas dalam bahasa Belanda dan juga tata cara pengiraan tahun dalam sistem taqwim hijrah dan kalender masihi. Pada halaman awal tertera tajuk manuskrip sebagai Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya.

Manuskrip ini memberi gambaran lengkap tentang keterikatan pertalian sejarah di antara keluarga diraja Melayu yang telah bercampur dengan darah Bugis. Sejarah bagaimana berlakunya kemasukan keluarga Bugis ke dalam istana kerajaan Melayu jelas dicatatkan.

Bermula di kerajaan Sukadana kemudian ke Mempawah, Sambas, Johor-Riau, Selangor, Kedah, Lingga, Siak dan Indragiri yang merupakan tanah leluhur kerajaan Melayu berubah dengan kemasukan Bugis ke dalam istana dan juga kerajaan Melayu. Perkembangan ini sememangnya mengancam kemurnian kerajaan Melayu namun disebabkan wujudnya kelemahan dan pertelingkahan takhta dan perang saudara telah menyebabkan mudahnya untuk kuasa Bugis menempatkan diri mereka ke dalam istana dan kerajaan Melayu. Perubahan ini amat memberi kesan berpanjangan kepada masa hadapan kerajaan Melayu yang akhirnya terpaksa akur dengan perubahan yang berlaku.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.650 kg
Dimensions 22.3 × 15 × 2.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789674120641

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.