Sadr Al-Din Shirazi dan Hikmat Mutaaliyah

SEYYED HOSSEIN NASR (1933 – ) is an Iranian professor emeritus of Islamic studies at George Washington University, and an Islamic philosopher.

Terjemahan daripada judul asal Sadr al-Din Shirazi and His Transcendent Theosophy oleh BAHARUDDIN AHMAD

DBP (Edisi Kedua Cetakan Pertama 2010)
149 halaman

RM25.00

In stock

ISBN: 9789834604615 Product ID: 497 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Sadr Al-Din Shirazi dan Hikmat Mutaaliyah adalah terjemahan daripada Sadr ‘al-Din Shirazi & His Trancendence Theosophy karangan Seyyed Hossein Nasr terbitan Imperial Iranian Academy of Philosophy, Tehran, Iran. Walaupun pandangan Barat sejak dari dulu lagi mirip menentukan bahawa falsafah Islam tidak lebih dari satu fenomena sepintas lalu atau sekadar jambatan penghubung di antara penghujung Zaman Gelap dengan penghujung Zaman Pertengahan, namun muncul satu perspektif yang lebih saksama tentang hal itu mulai muncul kini. Kita harus berterima kasih kepada beberapa orang sarjana yang menulis tentangnya dalam bahasa Eropah, kerana dengan usaha mereka inilah falsafah Islam tidak lagi di anggap sebagai fenomena sepintas lalu.

Dahulu, sejarah perkembangan seribu tahun falsafah Islam disempitkan kepada satu bab pendek yang dikenali sebagai ‘falsafah Arab’, dan diselitkan sebagai satu ‘masa pendek’ yang menjarakkan sejarah ‘serius’ pemikiran Barat di antara zaman Greek dan Romawi dengan bahagian akhir Abad Pertengahan. Namun demikian, sikap dan pandangannya yang popular tetapi sempit itu, mulai disedari kini akan kekeliruannya dan semakin ramai yang ingin melihat perubahan dibuat tentang soal peradaban itu.

Walaupun tidak tersebar luas penelitian baru ini semakin terasa maknanya. Dunia Barat sudah mulai sedar akan wujudnya satu tamadun tradisional lain sebagai sebuah dunia yang mempunyai nilai mereka yang tersendiri, yang patut diteliti dan dipelajari mengenainya. Mereka juga mulai sedar bahawa tamadun tradisional itu tidak harus dilihat atau dianggap sebagai sekadar batu loncatan kepada Barat bagi membentuk asas-asas pemikiran dan pembangunan dunia moden mereka sendiri.”

Weight0.225 kg
Dimensions14.0 × 1.0 × 21.5 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Muhammad Luqman (verified owner)

  2. Anonymous (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.