Sains dari Perspektif Al-Quran

Oleh: Mohd Yusof Othman

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2016)
68 Mukasurat

RM25.00

Tiada pembangunan peradaban tanpa sains dan teknologi. Dalam peradaban Barat, ilmu wahyu tidak berperanan dalam pembangunan sains dan teknologi.

Malah kehadiran ilmu wahyu akan mengganggu kelancaran pembangunan sains dan teknologi itu sendiri.

Bagi sarjana Barat, ilmu wahyu perlu diabai atau dikesampingkan. Natijahnya, pembangunan menjadi tempang kerana penekanan keterlaluan diberikan kepada pengetahuan objekrif dan mengabaikan pengetahuan subjektif.

Inilah yang menyebabkan tiada penyelesaian tuntas kepada isu alam sekitar dan pemanasan global, isu eksploitasi dan manipulasi sumber alam sehingga menjejaskan sistem ekonomi dan kewangan dunia; dan isu sosial yang amat menjelekkan yang melahirkan insan yang tidak bermoral, keruntuhan institusi rumah tangga dan mempromosi gaya hidup Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

Buku ini membincangkan sains dari perspektif al-Quran dan tuntutan membangunkan sains dan teknologi yang tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini.

Kita perlu mengetengahkan isu ini kerana pembangunan sains tanpa agama adalah buta, sehingga matlamat pembangunan untuk menghasilkan insan yang bahagia dan sejahtera tidak tercapai.

Manakala agama tanpa sains adalah tempang, sehingga tuntutan agama tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa pembangunan sains dan teknologi sewajarnya.

Weight 0.484 kg
Dimensions 15 x 0.4 x 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sains dari Perspektif Al-Quran”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.