Sains di Alam Melayu

Abdul Latif Samian (PhD.) merupakan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang pengkhususan beliau adalah falsafah sains (matematik) dan falsafah bandingan.

Nazri Muslim (PhD.) adalah Profesor Madya di Pusat Citra Universiti serta Felo Penyelidik Kanan Bersekutu, ATMA, UKM. Bidang pengkhususan beliau adalah tentang kajian etnik dan sosiologi perlembagaan serta pengurusan teknologi.

Penerbit UKM (2017)

305 halaman

ISBN 9789674124052

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 reward points!
Product ID: 3191 Subjects: , Sub-subjects: ,

Sains di Alam Melayu diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai sains di Alam Melayu. Orang Melayu mampu mengkategori, menyusun dan mengkelaskan khazanah herba yang dihasilkan oleh hutan tropika di sekitarnya. Mereka kenal beberapa tumbuhan, mereka tahu khasiat dan fungsi akar kayu, kulit kayu, teras kayu, daun kayu, buah kayu dan pucuk kayu. Mereka juga faham akan ikan di air, binatang di hutan, unggas dan serangga yang berterbangan di udara, kokok ayam dan kicau burung, mereka tahu bila hari akan siang dan bila pula bertukar malam.

Segala sumber alam adalah ilmu kepada mereka, malah sesuatu yang menarik tentang sains Alam Melayu adalah perkaitannya yang rapat dengan pandangan alam Islam. Walaupun telah melalui pelbagai zaman Melayu kuno hinggalah kepada animisme, zaman Hindu/Buddha, zaman penjajahan, namun kedatangan agama Islam telah memberikan impak yang paling besar kepada kehidupan orang Melayu. Pengaruh tersebut juga akhirnya tergambar dalam sain Alam Melayu. Oleh itu dalam membangunkan barangan atau mewujudkan hasil sains Melayu, pengaruh Agama Islam jelas tergambar pada setiap tamadun yang lengkap lagi bersepadu sewajarnya mempunyai sains. Ini kerana sains merupakan salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana tamadun. Diharapkan buku ini terus memperkembangkan lagi korpus ilmu mengenai sains di Alam Melayu.

Weight 0.36 kg
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sains di Alam Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai teknologi di Alam Melayu. Perbincangan tentang teknologi Melayu, kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi merujuk kepada tukang atau pandai. Istilah tukang merupakan istilah umum untuk ahli teknologi Melayu. Seseorang tukang ialah orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang. Oleh itu, perbincangan tentang teknologi Melayu ialah perbincangan mengenai tukang dan pertukangan. Pada masa yang sama, pengaruh Islam tergambar dalam perkembangan teknologi Melayu. Bukti paling mudah ialah dengan melihat motif ukiran yang ada di rumah Melayu lama dan juga motif pada pakaian. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Bangsa Melayu khususnya perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Justeru, penguasaan terhadap ilmu teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia. Penguasaan terhadap ilmu teknologi juga dapat menjadikan Melayu bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang, maka, antara kandungan penting dalam buku ini ialah berkaitan dengan sejarah dan falsafah teknologi di Alam Melayu yang meliputi seni bina, kraf tangan, tekstil, peralatan muzik dan pemikiran tokoh. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai teknologi di Alam Melayu.

    Teknologi di Alam Melayu

    , , RM45.00
  • Etnosains dan Etnomatematik

    Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu

    , RM64.00