Salasilah Melayu dan Bugis

Diusahakan oleh MOHD. YUSOF MD. NOR

DBP (Ulang Cetak, 2016)
288 halaman termasuk Daftar Kata

RM25.00

In stock

Salasilah Melayu dan Bugis merupakan satu karya yang dikarang oleh Raja Ali Haji yang dipercayai ditulis pada 1890 di Riau. Atas kesedaran bahawa hasil kesusasteraan yang bercorak sejarah ini masih kurang diterbitkan, maka usaha untuk menerbitkan buku seumpama karya ini yang lebih lengkap ini terpaksa dilakukan. Beberapa edisi karya memang ada diterbitkan sebelum ini. Edisi pertama diterbitkan di Singapura pada tahun 1911 oleh percetakan Al-Iman. Edisi tulisan jawi ini yang berukuran 200mm x 280mm sukar ditemui lagi. Hans Overback pernah menemui teks ini di Singapura dan beliau memberikan ringkasannya dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam Journal Royal Asiatic Society, Malayan Branch, 1926.

Penyuntingan edisi ini didasarkan pada manuskrip Bilangan 209, Muzium Negara itu. Manuskrip ini dipilih kerana ia didapati lebih lengkap jika dibandingkan dengan teks-teks karya ini yang lain. Namun begitu, naskhah-naskhah Salasilah Melayu dan Bugis edisi yang lain digunakan sebagai perbandingan untuk melengkapkan penerbitannya.

Seperti kebanyakan karya kesusasteraan Melayu lama yang lain, karya ini tidak menerangkan nama pengarang dengan terang. Nama pengarang tidak ditulis langsung pada semua teks. Daripada keterangan pada “mukadimah”nya, dapat dibuat kesimpulan bahawa teks itu ditulis oleh Raja Ali Haji. Tarikh penulisan terdapat jelas pada beberapa naskhah. Pada naskhah yang digunakan, ditulis tarikh mula dikarang: 5 Rabiulakhir 1282 Hijrah (bersamaan dengan 28 Ogos 1865).

Perlu dijelaskan bahawa naskhah dasar (asal) diturunkan sepenuhnya dengan tidak diubah gaya penceritaannya. Apabila didapati bacaan teks asal kurang sesuai atau bacaan naskhahnaskhah Salasilah Melayu dan Bugis lebih tepat, maka bacaan naskhah dasar akan digugurkan dan digantikan dengan beberapa bacaan yang lebih sesuai daripada naskhah yang lain itu.

Sedikit perubahan daripada naskhah asal dilakukan. Tanda baca diberikan. Pembahagian perenggan dan pembahagian peristiwa-peristiwa menurut kepentingannya diadakan. Dalam mentranskripsikan naskhah ini, kaedah ejaan rumi yang baharu digunakan tetapi gaya bahasa yang asal tidak diubah. Susunan ayat-ayat yang asal dikekalkan walaupun terasa janggal menurut sistem bahasa Melayu hari ini.

Weight0.348 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Khairul Linda (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.