Salasilah Perlis: Asal Usul Pemerintahan Jamalullail

Penulisan bersama HAZMAN BIN HASSAN dan MOHD KASTURI NOR ABD AZIZ

DBP (Cetakan Pertama, 2020)
276 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00RM70.00

Product ID: 21881 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Salasilah Perlis: Asal Usul Pemerintahan Jamalullail adalah penyelenggaraan Manuskrip Salasilah Perlis yang tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1963 dengan kod katalog MS85. Salasilah Perlis yang dikarang oleh keturunan Dato’ Arau ini mencatatkan asal usul dan sejarah pemerintahan wangsa Jamalullail di Perlis. Pengasasan Kerajaan Jamalullail di Perlis telah mengeluarkan negeri ini daripada kemelut persaingan kuasa sesama kerabat diraja Kedah, merencatkan cita-cita politik Raja Ligor dan mengehadkan hagemoni wangsa Chakri.

Salasilah Perlis ialah bukti yang merakamkan keupayaan Perlis untuk berkerajaan sendiri pada tahun 1843 itu bukanlah semata-mata satu kebetulan. Sebaliknya, kewujudan Perlis sebagai negeri Melayu beraja ialah hasil wawasan, usaha dan perjuangan berterusan yang dilakukan oleh anak watan Melayu-Islam bagi menegakkan kedaulatan dan membawa kemakmuran tanpa mengenal putus asa.

Justeru Buku Salasilah Perlis: Asal Usul Pemerintahan Jamalullail ditulis bagi memaparkan perjalanan dan perkembangan Perlis dai perspektif manuskrip ‘Salasilah Perlis’, bermula dari sebuah daerah dalam Kesultanan Kedah sehingga menjadi sebuah negeri berdaulat di bawah pemerintahan wangsa Jamalullail.

Sumber utama kepada perbincangan kajian ini ialah buku Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat (1992), hasil tulisan Ahmad Ismail dan Yazid Mat yang banyak memberikan penekanan dan sudut pandang anak watan negeri Perlis.

Memetik Titah Aluan  DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Selaku Yang DIpertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAiPs);

‘Salasilah Perlis’ ini mengabadikan suka dan duka, liku- liku perjuangan Wangsa Jamalullail dan segenap lapisan rakyat dalam mengasaskan negeri Perlis yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya manuskrip ini merupakan manifestasi warisan sejarah, mercu tanda kesusasteraan dan penanda aras kebudayaan anak watan negeri Perlis.

Manuskrip yang dianggap ‘hilang’ (lost manuscript) ini telah dipulihara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1963 dan hanya selepas separuh abad, baharulah ia dapat diselenggara dan diterbitkan. Adalah menjadi harapan dan wawasan Beta dengan penerbitan buku ini, maka dapatlah para penyelidik dan seluruh masyarakat memperoleh sumber rujukan daripada kaca mata anak watan yang bersifat ‘Perlis sePerlisnya’.

Titah Aluan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
Prakata
Senarai Rajah
Senarai Singkatan
Senarai Transliterasi

BAHAGIAN I
PENGENALAN DAN IKHTISAR PEMERINTAHAN KERAJAAN PERLIS

1. Asal Usul Nama Perlis
2. Perlis Prapemerintahan Wangsa Jamalullail
3. Kemakmuran Perlis dan Kearifan Tempatan
4. Raja-raja Jamalullail Pemerintah yang Berdaulat

BAHAGIAN II
MANUSKRIP “SALASILAH PERLIS”

5. Pengarang dan Kepengarangan “Salasilah Perlis”
6. Ciri-Ciri Manuskrip “Salasilah Perlis”
7. Wangsa Jamalullail di Limbong dan Chenak
8. Syed Harun Jamalullail (1798-1825) Penghulu Arau Pertama
9. Raja Muda Tunku Ibrahim mengiktiraf Syed Harun Jamalullail sebagai Pemerintah Perlis
10. Perang Kedah-Siam dari Perspektif “Salasilah Perlis”
11. Syed Hussin Jamalullail (1843-1873) Ditabal Raja Perlis Pertama
12. Kisah Fakir dengan Saudagar
13. Perlis dan Wangsa Jamalullail

BAHAGIAN III
TRANSLITERASI DAN MANUSKRIP “SALASILAH PERLIS”
Transliterasi “Salasilah Perlis”
Manuskrip “Salasilah Perlis”

Bibliografi
Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

,

Format

,

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.