Salina

A. SAMAD SAID (b. 1935 —), atau nama penuhnya Abdul Samad bin Muhammad Said ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat”. Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina. Sajak beliau bertajuk ‘Unggun Bersih‘ yang dideklamasikan di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011 telah disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis.

Helmy Samad Publications (Cetakan pertama, 2019)
454 halaman

Edisi Ulang Tahun Ke-60 Salina

RM45.00RM75.00

Clear

Salina adalah antara karya awal Sasterawan Negara A. Samad Said, yang berkisarkan seorang gadis kampung bernama Salina, yang berasal dari sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kambing. Antara penghuninya yang tinggal di kampung ini ialah Siti Salina dan kekasihnya Abdul Fakar, Hilmy dan ibunya, Kadijah, Zarina, seorang janda serta anak tirinya iaitu Nadihah, Mansur dan Sunarto, anak yang dipungut oleh arwah bapa Nadihah, serta Haji Karman. Latar tempat dalam novel Salina adalah di Singapura.

Tempat ini digelar Kampung Kambing kerana penduduk di kampung ini tinggal di kandang kambing yang disewakan oleh seorang lelaki india yang bernama Kurupaya. Salina adalah seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja dan sering meminta duit daripada Salina untuk pergi berjoget dan minum arak.

Abdul Fakar seorang yang suka mabuk, gila perempuan dan suka memukul Salina. Walaupun di pukul, Salina tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya yang mati dalam peperangan iaitu Muhammad Yusuf. Salina asalnya adalah anak orang kaya. Walau bagaimanapun, selepas berlakunya perang dan keluarganya terkorban, dia terpaksa menjadi pelacur untuk menyara kehidupan seharian.

Hilmy, seorang remaja yang masih bersekolah sering mendapat bantuan kewangan daripada Salina untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang sering sakit. Bantuan ini dilakukan tanpa pengetahuan Abdul Fakar. Ibu Hilmy, Kadijah, banyak menasihati Salina supaya menyimpan wang untuk masa depan kerana Abdul Fakar tidak boleh diharapkan.

Kisah dalam Salina juga banyak menyentuh tentang Nadihah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan tanpa kemahuannya. Ini disebabkan Sunarto gagal memberikan wang perbelanjaan yang cukup kepada Zarina. Walaupun Sunarto sering dihalau di hadapan penduduk kampung berkali-kali, Sunarto enggan keluar daripada rumah kerana dia tidak mahu meninggalkan Nadihah yang sering diusik oleh Abdul Fakar. Abdul Fakar pernah membuat perkara sumbang terhadap Nadihah. Namun, Salina tidak mengetahuinya, begitu juga dengan Zarina, ibu tiri Nadihah. Hilmy kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah semasa dia mengikuti kursus latihan tentera. Mereka jatuh cinta apabila sering berbalas surat. Hilmy meminta Nadihah membacakan surat untuk ibunya kerana ibu Hilmy buta huruf.

Persahabatan antara Nadihah dan Hilmy tidak di ketahui oleh sesiapa. Dalam masa yang sama, Abdul Fakar sering mengapi-apikan Zarina supaya menghalau Sunarto keluar rumah. Dengan itu, dia lebih mudah mesra dengan Nadihah. Sunarto ialah satu-satunya batu penghalang kepada niat buruk Abdul Fakar terhadap Nadihah. Zarina yang termakan fitnah Abdul Fakar sering menghalau Sunarto dan Mansur. Zarina menghalau Mansor, abang Nadihah kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan walaupun puas mencari. Akhirnya, Mansur lari dan memasuki tentera. Tinggallah Nadihah. Satu malam, Nadihah telah di culik oleh Abdul Fakar atas arahan Cik Salim, seorang lelaki yang gilakan Nadihah. Sebelum ini Nadihah telah banyak kali menolak permintaan Cik Salam untuk duduk di pangkuannya dan melayan dia.

Nadihah mabuk pada suatu hari dan telah di nodai. Dia lari meninggalkan Singapura dan tidak berapa lama kemudian berkahwin dengan seorang buruh. Hilmy sedih kerana kehilangan Nadihah. Salina pula melarikan diri ke Kelantan untuk melupakan Abdul Fakar kerana Abdul Fakar telah menghalaunya keluar dari rumah sedangkan rumah itu adalah rumah Salina. Abdul Fakar gilakan seorang perempuan joget. Ibu Hilmy meninggal dunia akibat sakit. Hilmy pula tidak menyambung pelajaran kerana ketiadaan wang . Tidak lama kemudian, Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi diberitahu oleh Mansur yang Salina sudah pulang ke Singapura.

Abdul Fakar belayar kembali kerana dia gagal mencari Salina. Dia baru mengetahui bahawa Salina betul-betul sayangkan dia setelah di tipu oleh perempuan joget. Hilmy kembali ke Singapura untuk bertemu Salina.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight N/A
Dimensions N/A
Edition

,

Format

Language

Publisher

,

Year Published

ISBN

9789671700440, 9789671746400

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Salina”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.