Out of stock

Salju Shibuya

MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1991.

DBP (Cetakan Pertama, 2004)
117 halaman

RM15.00

Out of stock

ISBN: 9789836283382 Product ID: 579 Subjects: , Sub-subject:

Salju Shibuya merupakan kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh yang mencatat perjalanan beliau di Jepun menerokai kehalusan budaya negara matahari terbit itu.  Perjalanan Muhammad Haji Salleh ke gugusan pulau utara untuk mencari alam, jiwa dan budi bangsa Jepun, dilukis kembali, seperti mengikuti jejak langkah Basho penyair haiku yang luar biasa. Muhammad menemukan makna kemajuan dalam budi dan budaya, usaha dan sabarnya. Sementara itu, beliau menemukan salju gunung dan Ainu di Hokkaido, manusia Ryuku dalam dan gerak hidup yang berlainan dari utara.

Walaupun beliau menulis dalam bentuk bebas, namun terdengar kehalusan citra dan kiasan gaya Jepun. Oleh yang demikian, bukan sahaja pandangan hidup atau sudut melihat pengalaman yang menjadi tarikan, tetapi cara melukis dan menyimpul tentang kenyataan, juga sama menarik beliau sebagai seorang penyair.

Sketsa Zakaria Ali dirangsang oleh puisi Muhammad Haji Salleh yang telah menyarankan isyarat visual seperti pepohon, sungai, kampung gunung, bulan, pasir dan rumput. Isyarat musim pula menjadi tajuk pokok kepada puisi, tetapi yang paling mendesak ialah suasana hati yang dibangkitkan oleh baris-baris puisi ini. Kata Zakaria, “Lakaran garis memang saya suka sebab banyak yang dapat aaya perkatakan melalui shading objek-objek yang terhad bilangannya di atas kertas tidak lebih dari 5 kali 10 inci.”

Weight0.178 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.