Out of stock

Sebuah Perjalanan

ABDULLAH HUSSAIN (1920–2014) adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1996.

DBP (Edisi Kedua Cetakan Pertama, 2005)
856 halaman

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789836283412 Product ID: 629 Subjects: , Sub-subjects: ,

Sebuah Perjalanan merupakan judul keempat dalam Siri Perjalanan Abdullah Hussain, sebuah siri penerbitan autobiografi yang ditulis oleh Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain, sewaktu beliau menjadi Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1979. Buku ini telah terbit pada tahun 1985 (Cetakan Pertama), dan kini ia diterbitkan semula sebagai Edisi Kedua dalam bentuk dan wajah yang baharu dengan beberapa penambahan. Buku ini menelusuri perjalanan hidup Abdullah Hussain yang mencakupi masa 50 tahun daripada usia beliau, satu jangka masa yang amat panjang, yang penuh dengan pergolakan mental dan fizikal kesan daripada dua peperangan dunia.

Zaman muda beliau turut diwarnai dengan keterlibatannya sebagai anggota Fujiwara Kikan, sebuah badan tentera Jepun, kemudian turut menyumbangkan tenaga dalam revolusi yang membuka tirai kemerdekaan Indonesia, dan menjawat beberapa jawatan tinggi di Aceh. Buku ini juga menceritakan pengalaman hidup Abdullah Hussain sebagai editor, aktivis sastera, penterjemah, dan sebagai penulis skrip filem, cerpen dan novel yang prolifik dan berterusan. Sebuah Perjalanan disampaikan secara kreatif, menyebabkan ia menarik dibaca dari awal hingga akhir.

Weight1.020 kg
Dimensions20.3 × 13.3 × 5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.