Out of stock

Sejarah Awal Pentadbiran Agama Islam di Johor

FADILAH ZAINI adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia.

KAMARUZAMAN YUSOFF adalah Profesor di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.

Penerbit UTM (Edisi Pertama, 2016)
91 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Out of stock

Sejarah Awal Pentadbiran Agama Islam di Johor membicarakan tentang sejarah pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor, Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar semasa dibawah penjajahan British dan Jepun sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sejarah pentadbiran Jabatan Agama Johor dibincangkan dengan terperinci dalam konteks pengurusan haji, pendidikan agama, pelantikan pegawai. pengurusan tanah wakaf, undang-undang mengawal tingkah laku masyarakat Islam serta menyebarkan dakwah Islamiyah. Buku ini juga menjelaskan tentang peranan pentadbiran Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal nikah, cerai dan rujuk, pentadbiran masjid, pengurusan zakat, pejabat kadi daerah dan pentadbiran Mahkamah Syariah.

Perbincangan juga meliputi fungsi Majlis Agama Islam Johor dan perundangan Islam yang dibawa dari Mesir dan Turki. Selain itu, buku ini juga membincangkan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dalam membantu negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan negara Brunei Darussalam bagi memperkasakan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Malah, kehadiran penjajah British telah memberi pelbagai implikasi dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Agama Islam Johor serta perundangan Islam dalam menyusun atur sistem pentadbiran Islam di Johor.

Pentadbiran Islam di negeri Johor disusun secara sistematik dengan struktur Majlis Agama Islam Johor. Keahlian badan ini terdiri daripada golongan ulama dan pentadbir agama Islam negeri diberi mandat untuk membantu Sultan Johor mentadbir dan memberi nasihat serta pandangan untuk menjadikan sistem pentadbiran agama Islam mantap dan sistematik. Majlis Agama telah dimasyhurkan pada 1 Mac 1925 dengan pelantikan lapan orang ahli bagi menganggotai Majlis Agama yang digelar sebagai Ahli-ahli Majlis Syura. Majlis Syura dianggotai oleh Dato’ Bentara Kanan, Dato’ Bentara Kiri, Dato’ Penghulu Istiadat, Dato’ Penghulu Istana, Dato’ Penghulu Biracana, Dato’ Paduka Seri Selira dan Dato’ Paduka Seri Periwara. Seterusnya, berdasarkan Pemasyhuran Majlis Agama Islam Johor, terdapat juga pelantikan Ahli-ahli Jawatan Pejabat yang terdiri daripada jawatan Mufti Kerajaan, Kadi Besar, Imam Besar dan Imam Istana serta tujuh orang Ahli Am Majlis Agama. Selainnya adalah pelantikan jawatan-jawatan kerja iaitu Yang Dipertua Jabatan Agama, Setiausaha dan Penolong Setiausaha. Fungsi Majlis Agama ini bertanggungjawab untuk menetapkan bulan-bulan Islam serta permasyhuran masjid-masjid jamek bagi semua daerah dalam negeri ini.

Rentetan itu, sebagai usaha untuk melancarkan sistem pentadbiran Majlis Agama Johor, maka Pejabat Agama Johor telah menerbitkan dokumen yang dikenali sebagai “Tertib Menjalankan Persidangan Majlis Agama 1933” yang dikuatkuasakan pada 12 November 1933. Dokumen ini mengandungi kaedah pelaksanaan tugas bagi setiap pihak dalam melancarkan persidangan Majlis Agama. Yang Dipertua Jabatan Agama memanggil ahli-ahli untuk mengadakan mesyuarat, manakala setiausaha bertanggungjawab mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua ahli. Dinyatakan juga beberapa perkara lain iaitu kaedah untuk membawa usul untuk dibahaskan, jumlah ahli yang hadir untuk membolehkan persidangan dilakukan dan keadaan bagi mengadakan persidangan khas apabila wujud hal yang sangat penting serta tertib dalam perbincangan. Perkara-perkara ini dinyatakan dengan jelas untuk membantu pentadbiran Majlis Agama berjalan dengan lancar.

Weight0.199 kg
Dimensions22.7 × 15.4 × 0.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.