Out of stock

Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas

AHMAT ADAM adalah Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah. Merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaya.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 1994)
168 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM15.00

Out of stock

Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas membicarakan latar belakang sejarah dan perkembangan dunia persuratkhabaran berbahasa Melayu di Kepulauan Melayu dan Sri Lanka pada abad itu. Karya Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas merupakan pengembangan daripada suatu kertas kerja yang berjudul “Persuratkhabaran Melayu abad ke-19: perkembangannya di alam Melayu” yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Akhbar dan Majalah anjuran Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 25 dan 26 Januari 1988. Selain memberikan sejarah pertumbuhan dan perkembangan akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu yang terbit pada abad ke-19 karya ini juga menyertakan satu senarai induk beranotasi tentang simpanan di Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Malaysia, Nederland, Singapura, Sri Lanka dan United Kingdom.

Bahagian pertama karya Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas memberikan sejarah perkembangan persuratkhabaran berbahasa Melayu di Kepulauan Melayu (dan Sri Lanka) pada abad yang lalu. Pada bahagian keduanya pula, penulis telah menyusun bibliografi akhbar dan majalah yang terbit dalam bahasa Melayu pada abad yang lalu menurut kronologi. Bahagian ketiga pula memberikan nama para editor akhbar-akhbar tersebut serta sedikit latar diri mereka dengan mengikut susunan abjad. Pada bahagian pertama, judul-judul akhbar dan majalah diberikan dalam huruf besar; ini disertai dengan maklumat mengenai tempat diterbitkan, nama penerbit, kekerapan terbit, aksara atau/dan bahasa yang digunakan, bentuk cetakan, tarikh mula terbit dan tarikh terakhir terbit. Turut dicatatkan ialah nama editor atau editor-editor yang terlibat dan tempat akhbar atau majalah itu disimpan. Betapapun demikian, tidak semua maklumat yang diperlukan itu dapat dicari dan dalam keadaan yang demikian penulis memberikan tanda [?].

Orang Eropah dan yang berketurunan Eropah, termasuklah mereka yang digolongkan sebagai Indo atau Serani, memakai nama bapa atau keluarga. Begitu juga dengan nama orang Cina. Untuk mereka itu nama keluarga diutamakan. Ini berbeza dengan orang Melayu, Jawa, dan peribumi lain, yang memakai nama lahirnya (kecuali orang Batak yang memakai nama marganya atau gelarnya dan orang Minangkabau yang memakai gelarnya). Bagi orang Melayu nama bapa tidaklah diutamakan.

Penulis telah mengekalkan bentuk ejaan yang asal bagi judul akhbar dan majalah, serta nama orang seperti yang terpakai di dalam akhbar dan majalah tersebut. Oleh itu, ejaan cara Belanda yang memakai huruf-huruf ‘ch’, ‘dj’, ‘ie’, ‘j’, ‘oe’, dan ‘tj’ hendaklah dibaca dengan disesuaikan dengan ejaan Malaysia-Indonesia yang memakai, sebagai gantinya, ‘kh’, ‘j’, ‘i’, ‘y’, ‘u’ dan ‘c’. Demikian pula halnya, dengan ejaan nama ‘Muhammad’ yang mempunyai beberapa variasi seperti ‘Mohammad’, ‘Mohammed’, ‘Mohd’ dan ‘Mahomed’. Kesemua bentuk ini dipakai berdasarkan ejaan bentuk asalnya seperti yang terpakai di dalam akhbar-akhbar itu. Begitu juga dengan ejaan judul Jawi Peranakkan dan Sekola Melayu yang dikekalkan seperti aslinya.

Hampir kesemua judul akhbar dan majalah yang disenaraikan di dalam bibliografi ini telah penulis periksai di perpustakaan luar negeri dan dalam negeri. Penyelidikan ini telah dimulakan pada tahun 1972, ketika penulis sedang mengumpul bahan untuk tesis kedoktoran falsafah, di Amsterdam, Leiden dan Den Haag. Pada tahun 1973 penyelidikan telah diteruskan di Museum Pusat, Jakarta selama tujuh bulan. Kemudian, pada tahun 1974 sekali lagi penulis berada di Nederland untuk selama empat bulan. Peluang untuk memperdalam lagi penyelidikan bagi akhbar-akhbar Indonesia periode abad ke-19 telah dimanfaatkan apabila penulis berkesempatan ke Belanda sekali lagi untuk selama empat bulan dalam tahun 1981 dan kemudiannya untuk selama 5 hari dalam bulan Mei, 1990. Mulai tahun 1987 barulah penulis berpeluang meneliti akhbar-akhbar Melayu yang terbit di Singapura dan Malaysia dan terakhirnya berkesempatan pula melihat mikrofilem akhbar Alamat Langkapuri dan senaskhah Wajah Selong, yang terbit di Sri Lanka.

Buku Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas menambah satu lagi karya tentang sejarah persuratkhabaran Melayu, yang masih ketara kurangnya, baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Semoga karya ini akan dapat dimanfaatkan oleh para sarjana dan penyelidik yang memerlukan rujukan yang mudah dicari jika diketahui di mana tersimpannya, khususnya bagi mereka yang berminat tentang sejarah, kebudayaan dan pemikiran masyarakat di Kepulauan Melayu.

Weight0.237 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author