Sejarah India Moden: Imperialisme hingga Kemerdekaan

AZHARUDIN MOHAMED DALI adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2018)
490 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM88.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 18 reward points!
ISBN: 9789674880354 Product ID: 7979 Subjects: , Sub-subjects: ,

Sejarah India Moden: Imperialisme hingga Kemerdekaan mengupas perkembangan sejarah India moden sejak abad ke-18 hinggalah kemerdekaan pada tahun 1947. Pelbagai aspek sejarah dikemukakan yang merangkumi ekonomi, sosial dan politik. Pada dasarnya, sejarawan saling berbalah pendapat dan mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai istilah zaman moden, bukan sahaja di India tetapi juga di negara dan wilayah yang lain kerana zaman moden itu bersifat subjektif.

Namun begitu, salah satu kesepakatan dalam konteks sejarah India adalah kehadiran British dan imperialisme British di India sejak pertengahan abad ke-18 itu menjejaskan segala rupa bentuk tradisi dan warisan yang menjadi asas peradaban tradisional India. British telah membawa perubahan-perubahan besar dalam kehidupan masyarakat India dan membentuk satu garisan yang memisahkan antara ‘moden’ dan ‘tradisional’. Dalam konteks perbincangan buku ini, jangka masa yang dibincangkan adalah sekitar pertengahan abad ke-18 hingga India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.

Buku ini mengandungi 17 bab berdasarkan galuran dan perkembangan sejarah di Asia Selatan sejak zaman awal penjajahan sehinggalah kemerdekaan. Secara keseluruhannya, bab-bab yang disusun dalam Sejarah India Moden: Imperialisme hingga Kemerdekaan mempunyai perkaitan dan pertalian antara satu sama lain. Namun dalam masa yang sama, setiap bab itu juga boleh berdiri sendiri. Penyusunan yang sebegini rupa diharap akan dapat memberikan kesan yang lebih mendalam kepada kalangan yang cuba melihat sejarah India secara keseluruhannya ataupun kalangan yang hanya merujuk kepada satu-satu episod dalam sejarah India. Adalah menjadi harapan agar buku ini akan dapat memperkayakan dan melengkapkan buku-buku yang sedia ada mengenai sejarah India.

Prakata

1. Pengenalan
2. Empayar Mughal dan Kebangkitan Kuasa Tempatan
3. Kehadiran dan Perluasan Kuasa Barat
4. Pembangunan Pertanian Komersil
5. Pembangunan dan Eksploitasi Hutan
6. Perindustrian dan Perdagangan
7. Sejarah Sosial
8. Sistem Pendidikan dan Tokoh Pembaharuan
9. Nasionalisme dan Pemisahan Bengal
10. Perang Dunia Pertama
11. Cabaran Selepas Perang
12. Mahatma Gandhi
13. Politik 1930-an hingga 1940-an
14. Jawaharlal Nehru
15. Perang Dunia Kedua
16. Pemisahan dan Kemerdekaan
17. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight 0.734 kg
Dimensions 22.8 × 15.3 × 2.5 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.