Sejarah Kedah

BUYONG ADIL (1907–1976) adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Edisi semakan, 2020)
115 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

Siri Sejarah Nusantara

RM15.00

Only 1 left in stock

Product ID: 21935 Subject: Sub-subjects: , , ,

Sejarah Kedah ialah sebuah lagi buku sejarah yang diterbitkan di bawah Siri Sejarah Nusantara. Sejarah Kedah menceritakan asal negeri Kedah dan salasilah raja-raja dan pembesarnya. Pengarang juga menyentuh tentang hubungan Kedah-Siam dan Kedah-Inggeris pada awal kurun ke-19. Sebelum negeri Kedah didatangi oleh raja-raja dari negeri Parsi, iaitu nenek moyang raja-raja negeri Kedah sekarang ini, dalam negeri itu telah ada dua orang ketua orang Melayu bernama Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa. Pada masa itu, telah ramai juga orang-orang Siam dan Burma datang dan tinggal di Kedah. Mereka telah bercampur-gaul dan nikah-kahwin dengan orang Melayu yang ada di negeri Kedah. Pada masa itu negeri Kedah disebut nama “Qalha”. Dalam bahasa sanskrit ia disebut “Kataha”; orang Tamil menyebutnya “Kadaram” atau “Kidaram” dan orang Cina pula menyebut namanya “Kie-Tc’a” atau “Ciehc’a”. Qalha mengandungi empat buah daerah, iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbuk sekarang), Kuala Bahang (Kuala Kedah sekarang), Kuala Merpah (di Pulau Panjang dekat Perlis sekarang) dan Kuala Bara (dekat sempadan Perlis sekarang).

Pada zaman dahulu, lebih kurang pada tahun 630, seorang raja di negeri Gumarun di Negeri Parsi bernama Maharaja Derbar Raja telah dikalahkan dalam satu peperangan oleh Raja Parsi. Maharaja Derbar Raja keluar meninggalkan negeri Parsi pergi ke Sri Lanka, dan dari Sri Lanka akhirnya ia sampai ke Kuala Sungai Qilah. Maharaja Derbar Raja masuk ke negeri itu lalu bertemu dengan Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa, ketua orang Melayu di Kedah. Oleh sebab baik budi dan kelakuannya, Maharaja Derbar Raja telah dilantik oleh Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa menjadi Raja di negeri Kedah, dan dialah Raja yang pertama di negeri itu.

Apabila Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah, baginda mendirikan sebuah kota dan ibu negeri kerajaannya di ulu negeri itu. Ibu negeri baginda dinamakan “Langkasuka”. Baginda serta Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa mengatur orang besar-besar bagi menjalankan pemerintahan dan pentadbiran di negeri Kedah. Kota “Langkasuka” didirikan oleh Maharaja Derbar Raja pada tahun 634 (sekarang tempat itu terletak dalam Mukim Sik). Pada masa Maharaja Derbar Raja menjadi raja Kedah, alat kebesaran yang baginda bawa bersama dari negeri Parsi dijadikan alat kebesaran baginda di negeri Kedah. Alat-alat kebesaran itu ialah semambu yang disebut namanya “Maha Guru”, negara (sejenis gendang) dan naliri (sejenis serunai). Di samping itu, ada dua buah gendang, dua buah serunai (sebuah besar dan sebuah kecil), dua buah gong (besar dan kecil), menjadikan semuanya berjumlah sembilan buah alat perkakas dan dinamakan NOBAT.

Weight0.149 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.