Sejarah Kerajaan Melayu Patani

Oleh: Ibrahim Syukri

Penerbit UKM (Cetakan Kedua 2005)
Edisi Jawi & Rumi
131 mukasurat

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 1794 SKU: 9789679425697 Categories: ,

Buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani yang dikarang oleh Ibrahim Syukri, adalah genre pertama teks sejarah Patani menurut bentuk baru yang amat berpengaruh kepada masyarakat Melayu Patani khasnya dan juga menjadi teks rujukan utama kepada penulis sejarah Patani yang terkemudian.

Bentuknya baru apabila dibandingkan dengan Hikayat Patani yang masih dalam bentuk penulisan hikayat. Sejarah Patani adalah sebuah teks sejarah yang ditulis dengan kaedah dan tujuan yang nampaknya jelas kepada pengarang.

Sungguhpun asalnya, pengedaran dan penerbitannya diharamkan namun buku ini terus diperkatakan keunggulan penulisannya oleh sarjana tempatan mahupun sarjana Barat. Pada naskhah peribadi kami terdapat catatan tarikh dikeluarkan pada 15 Oktober 1958.

Ini dapat dimaksudkan bahawa buku ini dicetak dan diterbitkan pada tahun 1958. Penerbitan edisi ini juga bukan penerbitan sebuah kajian teks tetapi lebih merupakan percetakan semula dan merumikan edisi jawi.

Dengan itu kelemahan atau kesilapan asal yang terdapat dalam teks Jawi dikekalkan. Edisi Ruminya memakai ejaaan Rumi baru yang terpakai, manakala nama tempat dan nama individu wilayah-wilayah Selatan Thai disesuaikan dengan ejaan rasmi yang diterima pakai di sana.

Buku ini diulang cetak juga dengan tujuan pesanan Ibrahim Syukri untuk orang Melayu Patani yang berbunyi, “Sesungguhnya nasib orang-orang Melayu Patani tidak harus diletakkan dalam tangan pemerintahan Siam-Thai tetapi langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka adalah terletak di dalam tangan mereka sendiri.”

New Product Tab

Here's your new product tab.

Dimensions 15.3 × 1.6 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789679425697

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Kerajaan Melayu Patani”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.