Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden, 1949-1979

MOHAMAD MOKHTAR HASSAN adalah Profesor di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 1995)
160 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM18.00

In stock

If you purchase this book you will earn 4 points worth of RM0.40!
ISBN: 9789679940848 Product ID: 27581 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden, 1949-1979 merupakan sebuah kajian sejarah dan analisis kritikan terhadap puisi Melayu moden yang menyeluruh serta mendalam. Puisi Melayu moden muncul secara jelas pada awal tahun 30-an, kini mengisi sejarah perkembangannya yang telah menjangkau usia lebih secengah abad. Namun demikian, kajian khusus terhadap penulisan kritikan puisi yang dihasilkan selama itu, belum pernah dibukukan. Memikirkan perbincangan buku ini menumpukan perhatian kepada kritikan puisi Melayu moden, maka pembicaraannya dimulai dengan definisi dan fungsi kritikan kesusasteraan agar pembaca mendapat gambaran yang dasar, apa yang dimaksudkan kritikan dalam penulisan, aspek-aspek yang menjadi bidang perbahasan pengkritik, dan yang penting sekali tujuan, wawasan, dan arah haluan penulisan kritikan itu sendiri.

Titik tolak kajian atau pembicaraan tentang sejarah kemunculan penulisan kritikan kesusasteraan di Malaysia didasari dengan sepintas lalu genre cerpen dan novel sehingga akhir tahun 40-an, iaitu tahun penulisan kritikan puisi Melayu moden atau sajak mula menapak. Kemudian, pembicaraan menjurus kepada tulisan-tulisan kritikan puisi Melayu moden yang pernah menghiasi ruangan media akhbar dan majalah bagi tempoh dua puluh tahun, iaitu 1950-1970 yang menjadi bidang kajian utama.

Pemilihan tempoh tersebut didasarkan kepada pertama, penulisan kritikan puisi Melayu moden menemui bentuk dan sifat kritikan yang sajak yang mencapai puncak perkembangannya yang pertama. Kajian ini berakhir setakat 1979 dengan alasan tahun 70-an merupakan tahuntahun perkembangan penulisan kritikan sajak lebih bermakna. Ini berlaku dengan kemunculan kegiatan penulisan pengkritik-pengkritik lebih menumpukan kepada kritikan kesusasteraan sebagai suatu disiplin ilmu. Kedua, jangka masa 1950-1979 juga muncul tokoh-tokoh penyair yang karyanya menjadi tumpuan penelitian para pengkritik.

Tempoh yang dipilih dengan alasan-alasan tadi, ternyata meliputi jangka masa yang panjang, iaitu selama 30 tahun. Dengan itu, kajian hasil penulisan kritikan puisi Melayu moden ini, dibahagikan kepada tempoh masa berikut: (i) Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 50-an, (ii) Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 60-an, dan (iii) Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 70-an.

Melalui pembahagian ini, penelitian terperinci peringkat-peringkat perkembangan kritikan puisi Melayu moden akan dilaksanakan. Ini merangkumi jumlah tulisan kritikan dan perkembangan aspek-aspek penulisan kritikan itu sendiri, dengan tujuan untuk mengetengahkan sejauh mana perkembangan kegiatan pembinaan dan kesedaran masyarakat terhadap kesusasteraan mempengaruhi hasil-hasil penulisan kritikan puisi Melayu moden. Selain itu, ia juga memaparkan perkembangan pendekatan-pendekatan kritikan yang digunakan oleh para pengkritik.

Bagi mencapai tujuan tersebut, maka dalam tempoh masa tertentu, dicatatkan jumlah tulisan kritikan puisi Melayu moden. Dan juga pengkritik-pengkritik yang dianggap produktif dalam setiap tempoh masa itu. Berikutnya, dilakukan penganalisisan terhadap tulisan-tulisan kritikan dengan mengemukakan beberapa contoh. Dalam penganalisisan itu, pendekatan-pendekatan kritikan yang digunakan oleh para pengkritik turut diberikan perhatian.

Penghargaan
Pendahuluan

BAB SATU Definisi Dan Fungsi Kritikan Kesusasteraan

Definisi kritikan kesusasteraan
Fungsi kritikan kesusasteraan

BAB DUA Latar Ringkas Perkembangan Kritikan Kesusasteraan Melayu Moden

Kritikan kesusasteraan sehingga zaman pendudukan Jepun
Kritikan kesusasteraan selepas perang dunia kedua

BAB TIGA Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 50-an

Kritikan bersifat umum
Kritikan bersifat khusus
Pendekatan moral
Pendekatan formalistik

BAB EMPAT Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 60-an

Kritikan bersifat khusus
Pendekatan sosiologi
Pendekatan formalistik
Pendekatan moral
Pendekatan psikologi
Kritikan dalam bentuk latihan ilmiah

BAB LIMA Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 70-an

Kritikan bersifat umum
Kritikan bersifat khusus
Pendekatan formalistik
Pendekatan psikologi
Pendekatan moral
Pendekatan stilisrik

BAB ENAM Pandangan Umum

Lampiran

Lampiran I: Senarai Penulisan Kritikan Puisi Melayu Moden 1949-1979
Lampiran II: Latihan Ilmiah dan Tesis Tentang Puisi Melayu Moden 1961-1979
Lampiran III: Jumlah Tulisan Kritikan Puisi Melayu Moden yang Tersiar di dalam Akhbar dan Majalah 1949-1979
Lampiran IV: Tulisan Kritikan Puisi Melayu Moden 1949-1979

Bibliografi
Indeks

Weight 0.279 kg
Dimensions 21 × 14 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden, 1949-1979”

Your email address will not be published. Required fields are marked *