Out of stock

Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat

LUQMAN NULHAKIM HARZAMAR (b. 23 Ogos 1993- ) memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya dan kini sedang melanjutkan PhD dalam kajian Kebudayaan Sejarah di universiti yang sama.

Geroda Merah Press (2018)
380 halaman

RM40.00

Out of stock

Browse Wishlist

Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat membahaskan perkembangan sejarah Naning mengikut proses zaman dan melihat hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Buku ini telah ditulis secara kritis dan membahaskan maklumat-maklumat yang pernah diguna pakai sarjana terdahulu dalam mengkaji sejarah Naning kerana berlakunya masalah kurang memahami sistem kebudayaan orang Naning secara praktikal. Justeru, buku ini bakal mengisi ruang lompang dalam institusi sejarah Naning berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis secara emik dan praktik.

Naning merupakan sebuah wilayah yang cukup dikenali dalam sisi pandangan para pengkaji dan penggemar sejarah negara. Perkembangan sejarah Naning yang diolah oleh Belanda menyebabkan pentarikhan sejarah Naning dianggarkan wujud sekitar abad ke-17 sedangkan tarikh pembukaannya adalah sama dengan masa Sultan Muzaffar Shah di Melaka. Sejarah perkembangan kebudayaan di Naning merupakan titik permulaan kepada kelestarian adat Perpatih dalam kalangan orang Melayu Semenanjung Tanah melayu.

Kedatangan Datuk Perpatih Nan Sebatang ke Naning sekaligus telah merubah lanskap geopolitik masyarakat tempatan dan berjaya meluaskan pengaruhnya hingga kerantauan orang. Naning adalah satu kawasan yang penuh dengan sejarah silam semenjak zaman kesultanan Islam Melaka lagi. Namun, nama Naning hanya menjadi masyhur akibat peperangannya dengan pihak British selepas bandar Melaka diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda. Penceritaan sejarah Naning kebanyakannya ditulis oleh sarjana-sarjana luar yang tidak memahami sepenuh-penuhnya kebudayaan dan tradisi orang-orang Naning. Naratif yang terhasil selalunya tidak beijaya untuk memaparkan satu gambaran yang berkecuali.

Penulisan sejarah dalam buku ini adalah dibuat oleh seorang anak jati Naning. Dalam penulisan ini, gambaran dalaman orang Naning sendiri cuba dimasukkan dalam naratif peristiwa-peristiwa bersejarah dahulu. Kaedah penceritaan ini berlandaskan bidang Antropologi Kebudayaan yang menekankan kebudayaan sebagai satu sistem pemikiran yang merangkumi keselemhan aspek-aspek kebudayaan sekali gus. Sudut pandangan masyarakat Naning ini sendiri memberi laluan kepada satu tafsiran baru terhadap sejarah Naning.

Salah satu hasil penting Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat adalah bahawa kebudayaan orang Naning mempunyai bentuk pemikiran yang berbeza daripada kumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain di sekeliling kawasan Naning. Perbezaan kebudayaan tersebut penting untuk memahami orang Naning dengan lebih mendalam serta menjelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian terhadap serangan British. Pemahaman tersebut akhirnya menghasilkan satu naratif sejarah yang lebih tepat dan bermakna kepada semua pihak yang terlibat.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.515 kg
Dimensions 20.5 × 14.7 × 2 cm
Edition

Format

Language

ISBN

9789671567654

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.