Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat

LUQMAN NULHAKIM HARZAMAR (b. 1993) memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya dan kini sedang melanjutkan PhD dalam kajian Kebudayaan Sejarah di universiti yang sama.

Geroda Merah Press (2018)
380 halaman

RM40.00

In stock

ISBN: 9789671567654 Product ID: 3520 Subjects: , , Sub-subjects: , , , , , ,

Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat membahaskan perkembangan sejarah Naning mengikut proses zaman dan melihat hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Buku ini telah ditulis secara kritis dan membahaskan maklumat-maklumat yang pernah diguna pakai sarjana terdahulu dalam mengkaji sejarah Naning kerana berlakunya masalah kurang memahami sistem kebudayaan orang Naning secara praktikal. Justeru, buku ini bakal mengisi ruang lompang dalam institusi sejarah Naning berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis secara akademik dan praktik. Naning merupakan sebuah wilayah yang cukup dikenali dalam sisi pandangan para pengkaji dan penggemar sejarah negara. Perkembangan sejarah Naning yang diolah oleh Belanda menyebabkan pentarikhan sejarah Naning dianggarkan wujud sekitar abad ke-17 sedangkan tarikh pembukaannya adalah sama dengan masa Sultan Muzaffar Shah di Melaka. Sejarah perkembangan kebudayaan di Naning merupakan titik permulaan kepada kelestarian adat Perpatih dalam kalangan orang Melayu Semenanjung Tanah melayu.

Kedatangan Datuk Perpatih Nan Sebatang ke Naning sekaligus telah merubah lanskap geopolitik masyarakat tempatan dan berjaya meluaskan pengaruhnya hingga kerantauan orang. Naning adalah satu kawasan yang penuh dengan sejarah silam semenjak zaman kesultanan Islam Melaka lagi. Namun, nama Naning hanya menjadi masyhur akibat peperangannya dengan pihak British selepas bandar Melaka diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda. Penceritaan sejarah Naning kebanyakannya ditulis oleh sarjana-sarjana luar yang tidak memahami sepenuh-penuhnya kebudayaan dan tradisi orang-orang Naning. Naratif yang terhasil selalunya tidak berjaya untuk memaparkan satu gambaran yang berkecuali.

Penulisan sejarah dalam buku ini adalah dibuat oleh seorang anak jati Naning. Dalam penulisan ini, gambaran dalaman orang Naning sendiri cuba dimasukkan dalam naratif peristiwa-peristiwa bersejarah dahulu. Kaedah penceritaan ini berlandaskan bidang Antropologi Kebudayaan yang menekankan kebudayaan sebagai satu sistem pemikiran yang merangkumi keseluruhan aspek-aspek kebudayaan sekali gus. Sudut pandangan masyarakat Naning ini sendiri memberi laluan kepada satu tafsiran baru terhadap sejarah Naning. Salah satu hasil penting Sejarah Naning: Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat adalah bahawa kebudayaan orang Naning mempunyai bentuk pemikiran yang berbeza daripada kumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain di sekeliling kawasan Naning. Perbezaan kebudayaan tersebut penting untuk memahami orang Naning dengan lebih mendalam serta menjelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian terhadap serangan British. Pemahaman tersebut akhirnya menghasilkan satu naratif sejarah yang lebih tepat dan bermakna kepada semua pihak yang terlibat.

Kata Pengantar I
Kata Pengantar II
Aluan Penerbit
Kata Aluan Penulis
Biodata Penulis

1. Pengenalan
Isu dalam Mengkaji Sejarah Naning
Kaedah Penyelidikan yang Dijalankan
Kebudayaan Naning: Kajian Para Sarjana dari Pelbagai Aliran
Istilah Penting dalam Kebudayaan Naning

2. Sejarah Kebudayaan dan Warisan Naning
Sejarah Datuk Perpatih Nan Sebatang
Peristiwa Pembahagian Adat Minangkabau
Perantauan Datuk Perpatih Nan Sebatang
Sejarah Pembukaan Naning dan Masyarakatnya
Keturunan Datuk Perpatih Nan Sebatang
Suku Seri Melenggang
Suku Anak Melaka
Suku Tiga Batu
Suku Mungkal

3. Tradisi Ilmu Pengetahuan Tempatan: Dari Perspektif Antropologi Kebudayaan
Sejarah Perantauan Orang Minangkabau ke Naning
Bertuan ke Minangkabau
Bertali ke Siak
Beraja di Johor
Berpengkalan ke Melaka
Beremak ke Naning
Berulur Jumbai ke Tanah Jelebu
Hubungan Naning dengan Kesultanan Melayu Melaka
Kedatangan Masyarakat Minangkabau ke Naning
Batu Hidup: Perspektif Kebudayaan Tempatan
BaTu Hidup sebagai Tapak dan Kawasan Keramat

4. Dinamika Kebudayaan Naning: Sudut Pandangan Intelektual Moden

5. Datuk Perpatih Nan Sebatang: Pengasas Wilayah Adat Perpatih Naning

6. Istiadat Berkerjan: Manifestasi Falsafah Kebudayaan Naning
Falsafah Istiadat Berkerjan
Proses Istiadat Berkerjan
Lima Proses Utama Adat Berkerjan
Istiadat Pertama: Bermunajat di Bukit Penyalang
Istiadat Kedua: Bersumpah di Parit Persumpahan
Istiadat Ketiga: Upacara Bersiram Tabal
Istiadat Keempat: Bertandu
Istiadat Kelima: Menjunjung Kaus
Alat Kebesaran Naning

7. Konflik Naning: Pertembungan Antara Persepsi, Perspektif dan Pemikiran

8. Citra Kekeluargaan Naning dalam Sistem Adat Berkedim

9. Konflik Pemikiran Barat-Timur: Pertembungan Sistem Feudal Naning dengan Kapitalis Inggeris

10. Bendera Kebesaran Suku-Suku di Naning: Ekspresi Falsafah kepada Reka Bentuk Simbolik
Jenis Bendera Suku-suku di Naning
Bendera Nan Bergajah ‘Tunggal: Kerabat Pemerintah Naning
Bendera Ular-ular: Kebanggaan Suku Seri Melenggang
Bendera Menuar: Membentuk Kelestarian Adat Suku Anak Melaka
Bendera Utar-utar: Lambang Kesetiaan Suku Mungkal
Bendera Tonggo: Simbol Ketinggian Suku Tiga Batu
Bendera: Simbolik Kebudayaan Bersuku

11. Kebangkitan Naning Menentang Penjajahan Asing (1400-1800)
Peperangan dengan Siam
Peperangan dengan Portugis
Peperangan dengan Belanda
Peperangan dengan Orang Bugis

12. Kebangkitan Naning Menentang Penjajahan Asing II (1824-1834)
Konflik Awal Naning-Inggeris
Perang Naning-Inggeris 1831
Perang Naning-Inggeris 1832
Naning Ditakluki Inggeris

Bibliografi
Wawancara
BIBLIOGRAFL. we seve

Weight0.515 kg
Dimensions20.5 × 14.7 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.