Out of stock

Sejarah Negeri Sembilan

BUYONG ADIL (1907–1976) adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Edisi semakan, 2019)
88 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM10.00

Out of stock

ISBN: 9789834921897 Product ID: 12573 Subject: Sub-subjects: , ,

Sejarah Negeri Sembilan karya Buyong Adil menceritakan tentang asal-usul orang Negeri Sembilan, adat istiadat, salasilah raja-raja, hubungan Minangkabau Negeri Sembilan, pentadbiran British di Negeri Sembilan dan perang saudara di Negeri Sembilan. Sejarah Negeri Sembilan menceritakan peristiwa pembukaan luak di Negeri Sembilan, pembesar-pembesar, adat istiadat rakyat, hubungan Negeri Sembilan dengan Minangkabau, kedatangan Raja-raja Minangkabau untuk menjadi Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan. Di samping itu, Sejarah Negeri Sembilan telah menyentuh tentang kedatangan dan kemasukan pengaruh British dalam pemerintahan kerajaan negeri dan pertentangan antara pembesar tempatan dengan pentadbir British. Salasilah Raja yang memerintah hingga Yang Dipertuan sekarang turut digalurkan oleh pengarang dengan terperinci. Penduduk asal di Negeri Sembilan ialah orang Jakun yang disebut juga orang Biduanda, tetapi orang Melayu di Negeri Sembilan memanggil mereka orang Bukit atau Sakai. Mereka hidup dengan memburu binatang hutan dan mengumpulkan hasil hutan seperti buah-buahan dan umbut-umbut kayu. Ada juga di antara mereka yang bercucuk tanam untuk makanan dan berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat lain.

Pada kurun Masihi yang ke-11 daerah Sungai Ujong adalah di bawah kuasa kerajaan Sriwijaya di Palembang. Setelah Sriwijaya ditakluki oleh kerajaan Majapahit menjelang akhir kurun Masihi yang ke-13, Sungai Ujong menjadi jajahan takluk kerajaan Majapahit pula. Kitab syair Jawa yang bernama “Nagarakretagama” terkarang di Majapahit pada tahun 1365 ada menyebutkan “Sang Hyang Hujong” ialah sebuah dari daerah takluk kerajaan Majapahit di Tanah Melayu setelah kejatuhan kerajaan Palembang (Sriwijaya). “Sang Hyang Hujong” itu ialah Sungai Ujong. Legenda atau cerita mulut yang turun-temurun dari zaman dahulu mengenai Sungai Ujong bermula dengan kisah Batin Seri Alam. Batin Seri Alam mempunyai empat orang anak, iaitu Nenek Kerbau yang mula-mula sampai ke Johol; Tok Jelondong yang mula-mula sampai ke Jelebu dan seorang lagi bernama Batin Bercanggai Besi dengan seorang adiknya bernama Tok Ketopong yang tinggal di Ulu Beranang, Lenggeng dalam daerah Sungai Ujong. Batin Bercanggai Besi bersuamikan Tok Bedurai Sungai Ujong dan mendapat anak Tok Dara Derani. Tok Dara Derani kemudiannya berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan yang dinamakan Batin Sibu Jaya. Batin Bercanggai Besi mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Puteri Mayang Selida yang dijumpainya dalam sebuah gua di hutan yang hanya makan buah-buahan dan umbut-umbut kayu.

Pada masa inilah Sultan Johor bermimpi, iaitu baginda akan menemui puteri ajaib di tempat yang airnya lebih berat daripada air di tempat lain. Oleh sebab itu baginda pun berangkat dengan sebuah angkatan menyusur pantai barat Semenanjung Tanah Melayu sambil menimbang air di beberapa batang sungai untuk mengetahui air sungai manakah yang lebih berat. Lama-kelamaan sampailah baginda di Sungai Semenyeh cawangan Sungai Langat. Di situ baginda telah diberitahu ada sebuah kampung di hulu sungai itu. Baginda pun mudik dan akhirnya sampai ke sebuah perkampungan Orang Sakai di Ulu Beranang lalu berjumpa dengan Puteri Mayang Selida. Baginda berkahwin dengan Puteri Mayang Selida lalu puteri itu dibawa baginda ke negeri Johor. Puteri Mayang Selida yang bersuamikan Sultan Johor itu mendapat empat orang anak lelaki. Seorang disebut Tok Engku Kelang. Dialah yang mula-mula membuka Kelang. Seorang lagi disebut Bendahara Sekudai yang kemudiannya datang ke Sungai Jong. Seorang lagi disebut Menteri Akhir Zaman yang mula-mula membuka Jelebu dan yang bongsu disebut Johan Pahlawan Lela Perkasa yang mula-mula membuka Johol. Bendahara Sekudai bersama angkatannya dari Johor telah datang ke Sungai Linggi dan berjumpa dengan Batin Sibu Jaya (anak Tok Dara Derani) di tempat yang bernama Pangkalan Dian. Batin Sibu Jaya datang ke Pangkalan Dian kerana melarikan diri daripada dikacau oleh hantu-hantu di darat negeri itu dan dia telah diselamatkan oleh seorang keramat yang sekarang ada kuburnya di Pangkalan Kempas. Bendahara Sekudai pun berkahwin dengan Batin Sibu Jaya dan beroleh empat orang anak. Anak-anak inilah nenek moyang waris Sungai Ujong.

Bendahara Sekudai yang beristerikan Batin Sibu Jaya mendapat dua orang anak lelaki dan dua orang perempuan; yang lelaki bernama Muhammad Tumbu (disebut juga namanya “Tok Kelambu” kerana ia tinggal di Kuala Kelambu) dan seorang lagi bernama Tok Musang. Muhammad Tumbu kemudian menjadi Penghulu yang pertama dan Tok Musang Penghulu yang kedua di Sungai Ujong. Dua orang anak perempuan Bendahara Sekudai itu bernama Tok Semerga dan Tok Seri Mani. Bendahara Sekudai bersama angkatannya dari Johor telah datang ke Sungai Linggi dan berjumpa dengan Batin Sibu Jaya (anak Tok Dara Derani) di tempat yang bernama Pangkalan Dian. Batin Sibu Jaya datang ke Pangkalan Dian kerana melarikan diri daripada dikacau oleh hantu-hantu di darat negeri itu dan dia telah diselamatkan oleh seorang keramat yang sekarang ada kuburnya di Pangkalan Kempas. Bendahara Sekudai pun berkahwin dengan Batin Sibu Jaya dan beroleh empat orang anak. Anak-anak inilah nenek moyang waris Sungai Ujong.

Kata Pengantar

Bahagian 1
Sejarah Sungai Ujong
Sejarah Jelebu
Sejarah Rembau
Sejarah Tampin
Sejarah Johol
Sejarah Inas
Sejarah Gemencheh

Bahagian 2 Hubungan Minangkabau — Negeri Sembilan
Raja-raja dari Minangkabau Datang Menjadi Raja di Negeri Sembilan
Kedatangan Raja Melewar di Negeri Sembilan
Yamtuan di Seri Menanti Selepas Raja Melewar
Orang Inggeris Mencampuri Pemerintahan di Negeri Sembilan

Bibliografi
Indeks

Weight0.119 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author