Out of stock

Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Penyumbang artikel:
SUPIAN SABTU
AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS
HAMIDIN ABD. HAMID
MARDIANA NORDIN
AZHAR MAD AROS
FARIDAH JAAFAR
ARUNA GOPINATH
DANNY WONG TZE KEN
HASANUDIN DAUD
NORAINI MOHAMED HASSAN
SIVACHANDRALINGAM SUNDARA RAJA
SHAKILA YACOB
HO HUI LING
JOSEPH M. FERNANDO

Penerbit UM (Cetakan Ketiga, 2018)
295 halaman

RM30.00

Out of stock

Sejarah Pembinaan Negara Bangsa menjejak evolusi pembinaan negara bangsa Malaysia dan Asia Tenggara sebelum kedatangan kuasa Barat, zaman selepas campur tangan, era kemerdekaan dan pascamerdeka.

Artikel Mohd Supian Sabtu “Arkeologi dan Kesenian di Lembah Bujang” mengesan kesenian di Lembah Bujang yang dipengaruhi unsur Hindu dan Islam; sementara Hasanudin Daud pula meneliti sejarah awal perkembangan Islam di Alam Melayu melalui artikelnya “Sejarah Perkembangan Awal Pemikiran Islam di Alam Melayu”.

Manakala artikel Mohammad Redzuan Othman “Idea Kemajuan Dalam Pemikiran dan Perjuangan Sayyid Shaykh Al-Hadi melengkapkannya dengan memperincikan sumbangan golongan nasionalis pendidikan Timur Tengah dalam perkembangan nasionalisme Melayu pada awal abad ke-20. Dua artikel tersebut memberikan latar belakang masyarakat Malaysia selepas kedatangan Islam.

Artikel Ahmad Kamal “Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya, 1890-1914”; Noraini Mohammed Hasan “Penyakit Disenteri di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: 1896-1914”; Sivachandralingam Sundara Raia “Dasar British dan Aktiviti Pelabur Cina di Negeri-negeri Melayu, 1800-1874” Shakila Parween Yacob, “Sejarah Pelaburan Asing Amerika Syarikat di Tanah Melayu, 1900-1957” memberi gambaran keadaan sosio-ekonomi Kuala Lumpur pada zaman awal pemerintahan British; penularan penyakit, kehadiran pemodal China dan Barat di negeri-negeri Melayu dan pelaburan Amerika Syarikat dalam sektor perladangan getah, bijih timah dan perkhidmatan.

Artikel Hamidin Hamid, “Kolonialisme dan Tanah di Afrika” menganalisis kesan dasar penjajah ke atas benua Afrika. Artikel ini boleh dijadikan rujukan bagi membandingkan dasar tanah British di Afrika dan Tanah Melayu.

Artikel Mardiana Nordin “Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895″ melengkapkan era ini dengan membincangkan kelainan yang wujud di Johor apabila pemerintahnya memperkenalkan undang-undang Tubuh Kerajaan yang melewatkan negeri ini menerima penasihat Inggeris.

Proses pembentukan negara menempuh era yang malap selepas pendudukan Jepun. Artikel Azhar Mad Aros “Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945” berjaya mengisahkan pahit getir yang dilalui oleh penduduk Tanah Melayu pada zaman ini. Tanah Melayu yang umpama keluar dari mulut buaya (Jepun) telah masuk ke mulut harimau (ancaman komunis) apabila negara menderita akibat pemberontakan komunis antara 1948-1960. Artikel Ho Hui Ling “Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat, 1948-1960” menggambarkan suasana zaman ini.

Negara melangkah ke tahap ketiga apabila usaha-usaha diambil oleh ahli-ahli Parti Perikatan untuk mencapai kemerdekaan. Artikel Joseph M. Fernando “British Attitude Towards Malayan Independence, 1945-1957” menghuraikan sikap British terhadap pejuang kemerdekaan golongan kanan dan kiri. Sementara Faridah Jaafar dalam artikelnya “Peribadi Politik Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia, 1957-1970” berjaya mengupas peranan Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan dan usaha-usaha yang diambil untuk mengasas dan mengembangkan dasar luar Malaysia antara 1957-1970. Zaman selepas kolonialisme menyaksikan kemunculan pemimpin-pemimpin baru negara merdeka di beberapa negara yang kembali kepada pemerintahan autokratik. Ini membangkitkan semangat perjuangan baru untuk menumbangkan pemimpin seumpama ini.

Artikel Aruna Gopinath, “Voices Dissent: People Power in Southeast Asia and the Road to Nation Building” mengisahkan People Power di Filipina yang memanifestasikan semangat padu rakyat menumbangkan Presiden Marcos dan Estrada. Artikel Aruna Gopinath dan Danny Wong Tze Ken “Sustaining A Historical Position: Political Leadership in Vietnam, Challenges for the Communist Party of Vietnam” berjaya menganalisis usaha-usaha yang diambil oleh pejuang nasionalis Asia Tenggara dalam membentuk negara bangsa baru di negara masing-masing.

Pendek kata, buku Sejarah Pembinaan Negara Bangsa ini cuba mengesan, merakam dan menganalisis perkembangan penting yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Malaysia dan negara-negara lain di dunia sejak pra-merdeka hingga kini.

Weight0.457 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author