Out of stock

Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863

Oleh: Suzana Haji Othman

DBP (Cetakan Pertama 2014)
452 halaman

RM30.00

Out of stock

Product ID: 883 SKU: 9789834611538 Categories: , Tags: , , , , , , , ,

Buku Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863 ditulis dengan matlamat untuk mendedahkan beberapa mercu tanda dalam sejarah keluarga Bendahara Johor-Pahang yang penting. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Lama yang merangkumi tanah besar Johor, Pahang, Singapura dan pulau-pulau yang terletak di selatan Singapura termasuk Riau dan Lingga tidak dapat lari daripada kepentingan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Institusi Bendaharanya.

Dengan mengambil peristiwa Perang Batu Sawar pada tahun 1613 sebagai permulaan kisah, iaitu melibatkan sejarah Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang, dilanjutkan kepada pergolakan Dalam Negeri Johor yang melibatkan siyasah nak sa mana Tun Abdul Jamil sehingga menaikkan nama Tun Habib Abdul Majid (mangkat pada tahun 1697) sebagai bendahara yang menyambung warisan keluarga (yang sebelum itu hampir tamat), dan peristiwa perang Bendahara Pahang pada tahun 1857-1863  pada zaman pemerintahan Raja Bendahara Tun Mutahir Tun Ali. Penulis berhasrat supaya sejarah suka duka keluarga Bendahara yang terkandung di dalam buku ini dapat dijadikan Iktibar dan teladan dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh bangsa kita dan pada masa akan datang.

Sebagaimana halnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala, Kesultanan Johor Lama yang meliputi tanah besar Johor, Pahang, Singapura dan pulau-pulau yang terletak di sebelah selatan Singapura termasuk Riau dan Lingga tidak dapat lari daripada kepentingan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Institusi Bendahara.

Hakikatnya, Institusi Raja-raja Melayu dan Institusi Bendahara warisan Melaka umpama “sebadan”, iaitu saling memerlukan dan lengkap memperlengkap. Jika fungsi Raja-raja Melayu adalah sebagai payung atau tonggak bagi bangsanya, maka Institusi Bendahara pula menjadi tiang sokongan utama ataupun tunjang yang memegang kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu tersebut.

Buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang (mangkat pada tahun 1659 Masihi di Aceh) selain banyak menukilkan perjalanan keluarga diraja Melaka-Johor-Pahang, tidak ketinggalan meriwayatkan juga perjalanan sejarah keluarga bendaharanya yang berasal daripada keluarga yang sama.

Maka nama-nama seperti Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Tepok, Tun Teja, Tun Fatimah dan Tun Isap Misai dalam keluarga bendahara menjadi nama-nama yang tidak asing dalam lipatan sejarah bangsa Melayu. Tokoh-tokoh ini setara dengan nama-nama keluarga dirajanya seperti Raja Iskandar Syah (Parameswara), Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Bendahara bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai tangan kanan raja, malahan puteri bendahara juga sering menjadi permaisuri raja mengikut adat Raja-raja Melayu, melahirkan waris pemerintah, selanjutnya sebilangan bendahara menjadi nenda pula (kerana puteri bendahari berkahwin dengan raja dan melahirkan raja) kepada sultan yang berdarah “gahara”, maka selayaknya beliau menjadi penasihat yang teraula pula kepada baginda. Ini belum lagi termasuk ahli keluarga bendahara yang berkhidmat di istana, menjadi tiang-tiang sokongan dalam melancarkan urusan pemerintahan negeri.

Begitulah besarnya kepentingan peranan keluarga bendahara yang dinukilkan sejarahnya secara terperinci dengan mata pena Bendahara Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang sendiri dalam bukunya bertajuk Sulalatus Salatin yang masyhur berusia hampir 400 tahun itu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.570 kg
Dimensions 14.0 × 2.5 × 21.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789834611538

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.