Out of stock

Sejarah Sabah

BUYONG ADIL (1907–1976) adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Edisi semakan, 2019)
97 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM10.00

Out of stock

Product ID: 12565 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Sejarah Sabah ialah sebuah lagi buku sejarah yang diterbitkan di bawah Siri Sejarah Nusantara. Sehingga kini Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Melaka, Sejarah Johor, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu dan Sejarah Sarawak, yang ditulis oleh Allahyarham Tuan Haji Buyong Adil.

Sejarah Sabah menceritakan Sabah dalam tiga zaman, iaitu dalam masa pemerintahan British, pemerintahan tentera Jepun dan di bawah pemerintahan Kerajaan Malaysia. Pengarang juga telah memperlihatkan perjuangan Bumiputera Sabah menentang penjajahan dan memperjuangkan kemerdekaan negeri mereka. Di samping pergerakan politik, beberapa aspek perkembangan ekonomi dan sosial turut dibicarakan oleh penulis. Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan tuntutan Filipina terhadap Sabah adalah antara kisah menarik di dalam buku ini.

Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.

Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia.

Gaya penulisan yang dibawa oleh Buyong Adil adalah “beriwayat” dan peristiwa-peristiwa disusun mengikut kronologi yang baik dengan menjadikan Tahun Masehi sebagai dasar pentarikhan. Bab-bab disusun sedemikian bagi memudahkan para pembaca memahami peristiwa dan perkembangan yang dituliskan. Konsep penulisan sejarah yang dibawa oleh Buyong Adil dalam pensejarahannya adalah bersahaja, menarik dan kadang kala diselitkan dengan unsur-unsur humor yang tidak membosankan.

Seperti juga gurunya, iaitu Abdul Hadi Hassan, Buyong Adil memang kerap menyelitkan unsur-unsur semangat kebangsaan dalam karya-karya pensejarahannya. Dalam hal ini beliau menggambarkan bahawa sejarah boleh berfungsi sebagai alat memperjuangkan atau membela bangsa. Beliau tegas menyatakan dan membuktikan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan mudah untuk ditunduk dan diperhambakan oleh orang-orang asing mahupun penjajah Barat.

Weight0.131 kg
Dimensions21.4 × 14 × 0.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.