Sejarah Selangor

BUYONG ADIL (1907–1976) adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Edisi semakan, 2019)
xx + 220 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

ISBN: 9789834922832 Product ID: 12568 Subject: Sub-subjects: , ,

Sejarah Selangor yang digariskan oleh Buyong Adil bermula pada masa 300 tahun sebelum tahun Masihi iaitu pada masa yang disebut zaman sebelum sejarah. Juga, sejarah negeri Selangor dari masa itu hingga ke kurun Masihi yang ke-14, iaitu kira-kira hampir 1700 tahun, adalah sejarah yang samar sahaja yakni tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya dan hal ehwal di negeri Selangor di masa itu, melainkan hanya menulis kepada agakan ahli kaji kesan purba sahaja. Setelah masuk ke kurun Masihi yang ke-15 dan awal kurun Masihi yang ke-16, iaitu pada masa Kerajaan Melaka diperintah oleh Raja Melayu dan dengan pertolongan bahan yang didapati dalam hikayat “Sejarah Melayu” baharulah tersingkap sedikit sejarah negeri Selangor itu. Pada masa itu, baharulah tersebut nama beberapa buah tempat dalam negeri Selangor seperti, Kelang, Jeram, Langat dan Selangor (Kuala Selangor); yang mana pada masa itu semuanya adalah takluk kepada Kerajaan Melayu Melaka. Sehingga masa Sultan Mahmud Shah bersemayam di Pulau Bentan (1512-1526), iaitu setelah baginda dikalahkan oleh Portugis di Melaka, Selangor (Kuala Selangor) masih lagi diperintah oleh salah seorang daripada orang besar baginda. Apabila Sultan Alauddin Riayat Shah (II), putera almarhum Sultan Mahmud Shah (Marhum Kampar) itu memerintah di negeri Johor, negeri Selangor, terutama Kelang dan Selangor (Kuala Selangor) telah tertakluk ke Johor pula.

Dalam kurun Masihi yang ke-17, semasa negeri Selangor masih tertakluk ke Johor, terdapat ramai orang Melayu Bugis yang berasal dari Tanah Bugis (Sulawesi) mendiami kawasan pantai Negeri Selangor, terutama di Kelang dan di Selangor (Kuala Selangor). Menjelang awal kurun Masihi yang ke-18 pula, walaupun ketua yang memerintah di daerah Kelang masih di bawah pengaruh Sultan Johor, tetapi pada masa itu, terutama setelah Raja Kechil Siak memerintah Kerajaan Johor-Riau (1718-1722), negeri Selangor tidak lagi di bawah kuasa Johor, sebaliknya di Selangor (Kuala Selangor) telah ada orang Bugis yang menjadi ketua pemerintah di situ bergelar “Yamtuan Selangor” sekadarkan namanya yang sebenar tidaklah diketahui. Pada masa itu, di negeri Selangorlah pusat kekuatan orang Bugis di bahagian barat Nusantara ini. Pada awal kurun Masihi yang ke-18 itu jugalah raja-raja Bugis lima bersaudara, iaitu Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak dan Daing Kemasi, yang telah mengalahkan Raja Kechil Siak (1722) di Riau dan menyerahkan semula Kerajaan Johor-Riau kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan keraplah raja-raja Bugis itu berulang-alik dari Riau ke Selangor membawa orang Bugis di Selangor dalam angkatan perang raja-raja Bugis itu, bahkan Daing Perani dan Daing Chelak itu sendiri telah berkahwin dengan keluarga diraja Bugis di Selangor.

Dalam pertengahan kurun Masihi yang ke-18 itu juga (1756), pada masa Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah memerintah di Riau dan Yamtuan Muda (III) Daing Kemboja bennastautin di Linggi, Raja Lumu, seorang daripada putera almarhum Yamtuan Muda (II), Daing Chelak, iaitu putera yang dilahirkan di Selangor, telah menjadi Raja yang memerintah di Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin dan baginda digelar juga “Tuanku Raja Selangor” atau “Raja Selangor”. Sejak itu, anak cucu dan keturunan baginda-lah yang menjadi Sultan di negeri Selangor sehingga sekarang. Sejarah Selangor sesuai dijadikan bahan rujukan untuk membuat kajian yang mendalam dan khusus mengenai perjalanan sejarah negeri Selangor. Pengarangnya telah menggariskan segala peristiwa dan pergolakan yang berlaku semasa dalam pemerintahan raja-rajanya. Di samping itu, dapat juga diketahui kesan dan akibat penglibatan serta campur tangan kuasa asing (luar) dalam bidang pentadbiran, sosial dan ekonomi.

Pendahuluan

1. Selangor pada Zaman Purbakala
2. Selangor dalam Kurun Masihi yang ke-14
3. Selangor dalam Kurun Masihi yang ke-15 dan ke-16
4. Orang Bugis di Selangor
5. Selangor dalam Kurun Masihi yang ke-18
6. Selangor dalam Pemerintahan:
Sultan Salehuddin Shah (1756–1778)
Sultan Ibrahim Shah (1778–1826)
Sultan Muhammad Shah (1826–1857)
Sultan Abdul Samad (1859–1898)
Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1898–1938)
Sultan Hisamuddin Alam Shah (I: 1938–1942)
Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah (1942–1945) (Semasa Pendudukan Tentera Jepun)
Sultan Hisamuddin Alam Shah (II: 1945–1960)
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1960–sedang berkerajaan)
7. Daftar Nama Sultan Selangor
8. Salasilah Sultan Selangor
9. Sejarah Lukut

Bibliografi
Indeks

Weight0.274 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.