Sekeping Roh di Atas Bantal: Kumpulan Cerpen

S.M. ZAKIR adalah penerima S.E.A. Write Award 2011.

Pustaka Nusa (Cetakan Kedua, 2017)
138 halaman

RM20.00

In stock

Product ID: 26733 Subject: Sub-subjects: ,

Sekeping Roh di Atas Bantal merupakan himpunan sepuluh buah cerpen S.M. Zakir yang ditulis pada dekad pertama abad ke-21 iaitu sekitar tahun 2002-2005. Keseluruhan cerpen ini dibawa oleh bahasa mudah yang dilihat sebagai jalan mengkomunikasikan cerita dan pemikiran penulis kepada pembaca. Dengan meletakkan teras hubungan manusia-alam-Tuhan sebagai paksi kepada matlamat dan pusat pemikiran, cerita-cerita di dalam kesepuluh buah cerpen ini diolah menjadi berkas retrospektif, kontemporatif, dan futuritatif. Langit menjadi putih di Bogor oleh wajah tanah air mata. Malam menangkup kenangan tentang sebuah syurga zaman kanak-kanak yang hilang. Sungai berwarna emas dalam sejarah yang terpadam. Dunia yang kalut di dalam cawan kopi. Langit yang bersembahyang mendoakan kemenangan kepada Islam. Nyawa yang tercabut dalam genggaman Izrail. Cerita tentang sebuah rumah yang mengisi sistem feudal-kapitalis. Sekeping ruh terlena oleh kesempurnaan Tuhan. Hikayat tentang seorang lelaki di sebuah pulau tanpa lagenda. Dan akhir sekali aku yang menjadi api oleh dosa-dosa paksi kejahatan Amerikat-Zionis-Britain. Semua ini adalah jalur-jalur cerita yang menjadi seikat benang merah dalam kehidupan pada awal abad ke-21.

1. Langit Putih di Bogor

2. Malam Bertangkup di Aidilfitri

3. Wajah Emasmu, Chao Phraya

4. Dunia di Dalam Secawan Kopi

5. Langit Sembahyang

6. Panggil Namaku Izrail

7. Cerita Sebuah Rumah

8. Sekeping Ruh di Atas Bantal

9. Hikayat, Pulau dan Lelaki

10. Aku, Merapi dari Dosamu

Weight0.136 kg
Dimensions18.7 × 12.6 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author