Seni Silat Gayungman: Persilatan dan Buah

SHAFIE HUSIN (entah la nyah!)

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
125 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!
Product ID: 23226 Category: Sub-subjects: , ,

Seni Silat Gayungman: Persilatan dan Buah mendokumentasikan warisan seni silat Gayungman, upacara yang diadakan sebelum dan selepas bersilat, persilatan, buah, adat gelanggang, senaman dan bentuk pergerakan mempertahankan diri. Sememangnya buku ini boleh dijadikan panduan untuk tenaga pengajar seni silat, khususnya tenaga pengajar muda, kerana setiap langkah dan pergerakan silat yang dihuraikan disertakan gambar bagi memudahkan pemahaman.

Silat Seni merupakan satu permainan, pertunjukan atau persembahan Silat Tari Tradisional yang lembut, unik dan menarik. Silat ini diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang kita. Silat Seni juga dikenali dengan nama “Silat Jawi” atau “Silat Pulut”. Hal ini mungkin disebabkan pulut merupakan makanan tradisional yang sinonim dengan orang Melayu apabila ada majlis Perlimau Gelanggang atau Tamat Latihan Silat, atau kenduri kendara. Bahkan, pesilat-pesilat juga diberikan buah tangan, iaitu “pulut” sebagai cenderahati apabila pulang daripada membuat persembahan dalam satu-satu majlis.

Persilatan Ku Ngah agak kasar sedikit dan berguraunya dipanggil “gurau hodoh” (menurut penulis) kerana silat ini banyak pukulan atau tumbukan, sepakan dan tendangan semasa bersilat atau lebih kepada silat buah. Penulis tidak menghuraikan persilatan dalam buku ini dengan terperinci kerana hanya ingin menumpukan penjelasan tentang “buah”. Hal ini disebabkan generasi sekarang kurang berminat dengan Silat Seni atau Silat Pulut kerana beranggapan silat ini hanya satu silat untuk hiburan semata-mata. Pendapat ini benar kalau dilihat pada zahir persembahannya. Namun, mereka tidak tahu bahawa pengajaran buah mempertahankan diri sebenarnya ada.

Tetapi, guru-guru terdahulu banyak berahsia. Gelanggangnya tertutup dan sekiranya ada tetamu datang, buah-buah mempertahankan diri ini tidak ditunjukkan sehinggalah tetamu itu pulang. Hal ini dirahsiakan kerana ditakuti akan ditiru oleh orang lain yang tidak belajar silat dengannya. Semasa di hadapan tetamu, hanya bunga-bunga tari persilatan yang diajar atau ditunjukkan.

Persembahan silat diiringi dengan empat peralatan muzik, iaitu dua gendang (gendang ibu dan gendang anak), satu gong dan satu serunai. Persembahannya bermula dengan pesilat membuat beberapa perkara berikut: (i) Langkah Sembah, (ii) Tapang/Tapak/Langkah Empat, (iii) Masuk ke Tengah Gelanggang, (iv) Jalan Hadapan, (v) Gelombang (Undur Dua Kali Separuh Bulatan), (vi) Tukar Jerung atau Tukar Tempat, (vii) Tikam Kanan, (viii) Tikam Kiri, (ix) Tutuh/Belah, (x) Simbung, (xi) Paghah/Parah, (xii) Tikam Ajak Sudah, dan (xiii) Langkah Penyudah.

Weight 0.211 kg
Dimensions 22.5 × 15.1 × 0.8 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Seni Silat Gayungman: Persilatan dan Buah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *