Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional

NORIAH MOHAMED adalah Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2006)
188 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 23464 Subjects: , Sub-subjects: ,

Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional menumpukan perbincangan kepada puisi Melayu tradisional yang lebih menjurus kepada pantun, syair, gurindam dan mantera selain membuat perbandingan dengan puisi etnik Jawa dan Banjar. Pembaca dapat melihat kecerdasan fikir bangsa Melayu yang mencipta lakaran bahasanya, luahan hatinya dan getar jiwa seninya melalui katakata dan bayangan alam budaya kehidupannya. Kebanyakan puisi tradisional dipilih daripada pantun-pantun yang sudah mendarah daging dalam kehidupan Melayu. Jika seseorang pemantun menggunakan pantun “nasi lemak buah bidara, pisang emas dibawa belayar, dari mana datangnya lintah dan pulau pandan jauh ke tengah,” secara spontan, manusia Melayu akan tahu makna tersirat menerusinya tanpa ditunjuk ajar.

Begitulah kedudukan pantun yang sudah sebati dalam kehidupan manusia Melayu. Kini pantun terus digunakan dalam pelbagai suasana. Buku ini lebih tertumpu kepada pencernaan penulis ke atas beberapa pantun dengan melihatnya dari pelbagai perspektif sama ada keterikatannya, tema dan konsep kerana pantun dicipta atas kesedaran dan bukan dizahirkan secara tangkap muat atau mengambil sembarang kata.

Usaha menerbitkan buku ini dilakukan atas kesedaran kurangnya kupasan tentang pelbagai genre Melayu ini. Bab-bab dalam buku ini cuba melihat rasa dan tanggapan yang ingin disampaikan oleh pengkarya asal puisi-puisi tersebut. Dengan berbuat demikian sahajalah khalayak dapat melihat kecerdasan fikir bangsa Melayu yang mencipta lakaran bahasanya, luahan hatinya dan getar jiwa seninya melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupannya.

Dalam buku ini beberapa bab dikembangkan daripada makalah. Kebanyakan puisi tradisional dipilih daripada pantun-pantun yang sudah mendarahdaging dalam kehidupan Melayu. Jika seseorang pemantun menggunakan pantun “nasi lemak buah bidara, pisang emas dibawa belayar, dari mana datangnya lintah dan pulau pandan jauh ke tengah,” secara spontan, manusia Melayu akan tahu makna tersirat menerusinya tanpa ditunjuk ajar. Begitulah kedudukan pantun yang sudah sebati dalam kehidupan manusia Melayu. Kini pantun terus digunakan dalam pelbagai suasana dan usaha yang nampaknya gigih cuba menjulang pantun dilakukan oleh Klasik FM, iaitu saluran yang dahulunya dikenali sebagai Radio Irama Melayu Asli (RIMA) yang berkumandang di udara dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah malam dengan menggunakan saluran FM 93.9.

Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional lebih tertumpu kepada pencernaan penulis ke atas beberapa pantun dengan melihatnya dari pelbagai perspektif sama ada keterikatannya, tema dan konsep kerana pantun dicipta atas kesedaran dan bukan dizahirkan secara tangkap muat atau mengambil sembarang kata. Jika dalam pembayang pengkarya menggunakan buah, lazimnya buah yang dipilih ialah buah-buahan yang terdapat di sekelilingnya. Akan muncullah buah rambutan, langsat, mengkudu, delima, nangka, cempedak dan durian. Jika pengkarya menggunakan sayur sebagai pembayang, akan terserlah pula beberapa nama sayuran seperti pegaga, kangkung, serai dan sebagainya. Setiap kata digabung jalin sehingga kedua-dua baris pembayang terlihat adanya suatu kesatuan. Inilah gambaran pemikiran Melayu yang sentiasa seiring dan sealur dalam memberikan idea dan gambaran.

Weight0.333 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.