Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan

MOHD FIRDAUS CHE YAACOB adalah pensyarah kanan di Fakulti Teknologi dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.

Penerbit UMK (Cetakan Kedua, 2021)
99 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM29.00

Only 1 left in stock

Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan memuatkan keseluruhan naratif lisan yang diperoleh di beberapa buah kampung berdekatan dan bersebelahan Kampung Pengkalan Datu, antaranya Kampung Pantai Senak, Kampung Kedai Lalat Dan Kampung Babong. Buku ini mengandungi cerita-cerita yang menarik yang diperoleh melalui kerja lapangan di tempat kajian secara sistematik. Naratif lisan ini diperoleh daripada tukang cerita atau penglipur lara, iaitu Muhamad Azman Mahmud yang merupakan anak jati di kampung tersebut. Hasil daripada temu bual ini telah dideskripsi ke dalam bentuk tulisan dengan setiap perancangan yang sistematik. Di samping itu, setiap cerita-cerita yang terkandung dalam buku ini sememangnya kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk moral positif dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia dan juga luar negara. Sehubungan itu, tanggungjawab pengkaji adalah untuk memastikan cerita-cerita ini dapat dibaca dan dihayati oleh semua golongan pembaca, terutama pencinta sastera.

Prakata
Penghargaan
Metodologi Kajian

1. CERITA-CERITA ASAL USUL
Asal Usul Datu
Asal Usul Wakaf Aik
Asal Usul Kampung Babong
Pokok Tanjung dan Alat Muzik Yang Bisu
Kota Jembal
Kain Sutera Cina
Pertahanan Benteng Pengkalan Datu
Kegemilangan Pengkalan Datu
Kemasyhuran Pantai Pengkalan Datu
Tenggelamnya Masjid Pengkalan Datu
Simbolik Rebana
Terhempasnya Zero Fighter Jepun di Ti Lebar
Rumah Api Penyelamat Saudagar
Musibah di Kampung Pulau Gajah
Pengaruh Baharu di Pulau Gajah Selepas Kedatangan Raja Patani
Keasyikan Suara Buluh Perindu
Penubuhan Dua Pentadbiran di Temasik
Serangan Basikal Berkuasa Genetik di Pantai Mek Mas
Kepesatan Pengkalan Parit
Lipat Sanggul Petempatan Residen British

2. CERITA-CERITA MISTIK
Misteri Batu Hampar
Kubang Dek
Kehebatan Bomoh Siam
Disorok Jin
Pemujaan Pantai
Milik Siapakah Saka Itu?
Pemujaan Tok Mekong
Misteri Gajah Berkaki Enam
Jelmaan Mok Kurus
Jelmaan Saka Harimau
Berpuakakah Pengkalan Parit?

3. CERITA-CERITA TOKOH
Tok Perindu
Haji Long Abdul Rahman
Che Deraman
Kehebatan Laksamana Laut
Tengku Mahmud Muhiyuddin
Bidan Tok Haji Esah
Tok Karim Guru Silat Masyhur
Kehebatan Pawang Ali
Tok Guru Haji Awang Ulama Tercipta
Mok Su Nab Ular
Nurani Che Him Dalam Masyarakat
Tentera Bergajah
Kezaliman Seorang Raja
Raja Sakti Pemerintah Berwibawa
Nik Mat Keturunan Raja Banjar
Pengunduran Raja Patani

4. CERITA-CERITA BINATANG
Keajaiban Si Kera Putih
Kisah Sekumpulan Tupai
Kebijaksanaan Burung Hantu
Kelawar Suka Keluar Waktu Malam

Bibliografi
Indeks
Biodata Penulis

Weight0.189 kg
Dimensions22.8 × 15 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.