Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim: ‘Ulamā’ Ahl al-Sunnah Wa Al-Jamā’ah dan Perjuangan Kebangsaan

Penulis:
MUHAMMAD AYMAN AL-AKITI
AHMAD FAIZ HAFIZUDDIN ROSLI
MUHAMMAD AMIR ASHRAF ROSDIN

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2020)
393 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM55.00

In stock

Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim: ‘Ulamā’ Ahl al-Sunnah Wa Al-Jamā’ah dan Perjuangan Kebangsaan mempersembahkan riwayat kebangsaan ‘Ālam Melayu di kemuncak penzahirannya. Sa’at ini ialah apabila seluruh hijau biru tanah air Melayu hampir habis dijarah penjajah, hingga marwah bangsa Melayu diletakkan pada jurang yang begitu rendah. Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim ialah seorang ‘ālim besar Tanah Melayu yang namanya termaktub sebagai penentu tarikh kemerdekaan tanah air dan peribadinya dikenali sebagai insan yang penuh bijaksana dalam setiap rencana, serta nasihat-nasihatnya amat berhikmah supaya bangsa yang merdeka mendapat manfa’at penuh daripada perjuangan kebangsaannya. Sungguhpun kini namanya begitu dikenali, bahkan sudah terdapat beberapa kajian tentang beliau yang telah diterbitkan, namun begitu, keberadaan beliau dalam peta jaringan keilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah baik di Makkah dan ‘Ālam Melayu dalam lingkungan yang lebih luas belum lagi disuratkan dalam satu judul yang khas.

Bahagian pertama karya ini cuba merumuskan bahawasanya perjuangan kebangsaan Melayu telah mula menyala di bumi Makkah, sepertimana yang digerakkan oleh Shaykh Wan Ahmad al-Fatānī (w. 1908M), guru besar kepada para ‘ālim ‘ulamā’ Melayu Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah abad ke-19 dan ke-20, kemudian percikannya marak ke seluruh Semenanjung dan Kepulauan Melayu, melalui lingkungan muridnya yang besar, antaranya Kiyai Hāji Hāshim Ash’arī—pengasas Nahdlatul Ulama—yang sewaqtu di sana, menjadi sahabat seperguruan Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim. Penzahiran kewibaan ke’ilmuan, siyasah dan jaringan para ‘ulamā’ besar Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah ‘Ālam Melayu ini dan bagaimana ia mencorak perjalanan kehidupan serta perjuangan Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim akan dibahathkan bermula daripada kehidupan dan pendidikan beliau di Makkah. Kemudian karya ini akan membentangkan kewibawaan beliau sebagai Tuan Guru Tanah Melayu melalui riwayat perguruan belia di Madrasah Dā’irat al-Ma’ārif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang; Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar, Perak serta memikul tanggungjawab sebagai seorang Mufti Negeri Pulau Pinang.

Seterusnya, dibentangkan pula kegiatan Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim dalam medan siyāsah kebangsaan dan bagaimana lingkungannya bersama pemimpin-pemimpin penting kemerdekaan tanah air seperti Dato’ Onn bin Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, malah penglibatan beliau sebagai seorang ‘ālim dalam pertubuhan kebangsaan Melayu, iaitu UMNO. Dihuraikan juga jasa terpenting Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim dalam menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan apakah falsafah di sebalik pemilihan tarikh 31 Ogos 1957 itu.

Bab selanjutnya pula membahathkan intipati ke’ilmuan Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim sebagai ‘alim ulung Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah Melayu, seperti yang terzahir dalam wasiyyat beliau. Istimewanya kerangka fikir beliau akan dibandingkan dengan prinsip dan ‘amālan pertubuhan terbesar Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah di Indonesia, iaitu Nahdlatul Ulama. Daripada sini, akan ditinjau pula sebuah peristiwa bersejarah yang berlaku di Tanah Melayu yang menunjukkan kepentingan kerangka ke’ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah dalam menyatukan dan membela ma’nā dini Islām untuk bangsa Melayu.

Bahagian kedua karya ini pula mempersembahkan lampiran hasil kerja dan karangan Shaykh ‘Abdu’llāh Fahim yang terdiri daripada tiga pecahan:

Pertama adalah sebuah khutbah yang berjudul Khutbah al-Iqāz: Khutbah Penyedar dan Penggerak yang dikeluarkan oleh anaknya, Hāji Ahmad al-Badawi;

Kedua, koleksi Tagrīzāt (puji-pujian) dan Kata-kata Pengantar yang dikarang oleh beliau dalam beberapa kitāb sezamannya; dan

Ketiga, Risālah Ketetapan Majlis Mudhākarah ‘Ulamā’ Se-Malaya, yang dikeluarkan oleh Ja’far Siddiq Rawa dengan kebenaran Haji Ahmad Fu’ād Hasan.

Weight0.634 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.