Out of stock

Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN adalah Profesor Emeritus dalam bidang Matematik, dan pernah menjawat jawatan di beberapa buah universiti dalam Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2006)
64 halaman termasuk Rujukan

RM20.00

Out of stock

Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Shaharir Mohamad Zain pada 5 Julai 1990. Beberapa tajuk dalam sains matematik dipilih bagi memaparkan pengaruh sistem nilai dan kepercayaan ke atas pembangunan bidang sains tersebut dan sebaliknya. Perbincangan ini difokuskan kepada tabii aritmetik, geometri dan bentuk alam semesta, hukum-hukum alam kejasmanian dan penyatuannya, simetri dan alam tabii, formulasi mekanik kuantum dan pengoptimuman, dan akhirnya falsafah sains matematik. Pembangunan setiap tajuk ini ditunjukkan sememangnya berlaku bermula dengan penerimaan sistem nilai dan kepercayaan pada tabii asas isu tersebut, dan kemudiannya hasil-hasil matematiknya muncul dan digunakan untuk menggiatkan atau memperkukuhkan sistem nilai dan kepercayaan awal itu atau sering pula menjadi sistem nilai dan kepercayaan yang baru yang seterusnya menjadi asas kepada pemajuan sains matematik itu selanjutnya.

Dalam perbincangan simbiosis ini penulis menunjukkan betapa sains matematik tidak seobjektif seperti yang dipercayai umum, tidak bebas nilai, tidak setepat mantik ya-tidak yang dianggap selama ini, tidak semata-mata bersifat kuantitatif dan berupa mantik sahaja. Kebenaran matematik ditunjukkan bukan sahaja banyak-nilai dan bernisbi terhadap satu-satu paradigma yang dipersetujui, tetapi juga, bertentangan dengan pegangan umum, penerimaannya tidak sahaja bergantung sepenuhnya kepada rasionalisme, mantik dan ketekalan tetapi juga bersandarkan pragmatisme, estetikisme, ketelitian, kecanggihan, kepercayaan dan sahsiah sarjana. Akhirnya penulis mengaitkan penemuan-penemuan ini dengan usaha pengislaman ilmu dalam semua bidang ilmu pengetahuan kini.

1. Abstrak
2. Abstract
3. Teks Syarahan
4. Rujukan

Weight0.109 kg
Dimensions23 × 14.8 × 0.5 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.