Out of stock

Kesultanan Melayu Kedah

Diselenggara oleh ROGAYAH A. HAMID dan MARIYAM SALIM

DBP (Cetakan Pertama, 2006)
503 halaman termasuk Indeks

RM75.00

Out of stock

Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kedah menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah penting bumi Kedah, salah satu pusat kerajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahannya. Ia mengupas sistem pentadbiran, ketatanegaraan, salasilah kesultanan Kedah, kitab-kitab ilmu, serta budaya yang wujud dan berkembang sehingga hari ini.

Menurut pengertian konsep persejarahan Melayu tradisional, “sejarah” bukanlah semata-mata rentetan peristiwa yang berlaku, atas sebab yang khusus, kemudian meninggalkan kesan tertentu terhadap sesuatu kelompok manusia dan menyebabkan berlakunya perubahan daripada yang lama atau yang ludah menjadi kebiasaan kepada satu cara hidup yang sama sekali baharu. Pujangga istana sesebuah kerajaan di Nusantara atau yang dahulunya terkenal sebagai Gugusan Pulau-pulau Melayu menganggap “sejarah” lebih daripada itu.

“Sejarah” merangkum peristiwa yang berlaku dalam negeri seperti yang disebut di atas, perkembangan negeri tersebut semenjak dibuka, asal usul raja yang memerintah dari awal hingga akhir, susun lapis masyarakatnya yang bermula dari istana hingga peringkat rakyat biasa, peraturan dan undang-undang, adat istiadat dan sebagainya. Pendek kata, apa-apa sahaja yang berlaku, termasuk kelahiran dan kemangkatan seseorang dari istana, terutama rajanya, perhubungan dengan kerajaan luar/asing sama ada berlatarbelakangkan politik, perdagangan, perkahwinan ataupun sekadar mengutus surat persahabatan dan mungkin lain-lain lagi, dianggap sebagai sebahagian daripada “sejarah”.

Hal itu sebenarnya tergolong ke dalam perkara yang dinyatakan oleh raja kepada Tun Seri Lanang semasa memerintahkan supaya Sulalat al-Salatin dikarang.

Bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.—Abdul Samad Ahmad, 1986:3

Berpandukan kedua-dua prinsip di atas—definisi menurut makna “sejarah” dan arahan yang dikemukakan kepada Tun Seri Lanang—Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu III diadakan pada 3-5 Jun 2003 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Staf. Bengkel anjuran Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka, mengumpulkan sarjana sejarah, kesusasteraan, undang-undang, adat istiadat dan sebagainya untuk membincangkan beberapa hasil pernaskhahan yang berkaitan dengan negeri Kedah Darul Aman dari zaman dahulu hingga sekarang

Pengantar
Pendahuluan

1. Salasilah atau Tarikh Kerajaan Kedah dalam Konteks Pensejarahan Awal Abad ke-20
Mohd. Isa Othman

2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Muhammad Hassan dan Kepengarangan Istana Melayu Awal Abad ke-20
Jelani Harun

3. Syair Sultan Maulana Ahmad Tajudin II, Kedah Kesusasteraan dan Pensejarahan Melayu
Muhamad Yusoff Hashim

4. Artifak Pensejarahan Kesultanan Kedah Menurut Hikayat Merong Mahawangsa
Ahmad Hakimi Khairuddin

5. Sejarah Kesultanan Kedah Darul Aman
Ismail Haji Salleh

6. Ketuanan Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa: Analisis Retorik
Nazirah Ismail

7. Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Pembacaan Semula
Siti Hawa Haji Salleh

8. Peringatan Raja-raja Kedah: Suatu Pengenalan Naskhah
Zahir Ahmad

9. Menyusur Syair Raja Muda Perlis: Berbicara Melalui Kelunakan Bunyi
Noriah Taslim

10. Undang-undang Kedah Versi Ku Din Ku Meh (1311 Hijrah/1893 Masihi)
Mahani Musa

11. Undang-undang Kedah
Abu Hassan Sham

12. Surat Perdagangan Kedah-Inggeris pada Separuh Pertama Abad ke-18
Ahmad Jelani Halimi

13. Surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah: Stilistik Penulisan Warkah Melayu Lama
Ab. Razak Ab. Karim

14. Surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (1804-1845): Suatu Pengenalan
Wan Shamsuddin Mohd. Yusof

15. Naskhah Kesultanan Melayu: Khabar Sejarah daripada Surat Raja Kedah
Abdullah Zakaria Ghazali

16. Dialek Kedah dalam Naskhah Melayu Lama
Asmah Haji Omar

17. Sumbangan Kesusasteraan dalam Zaman Kesultanan Kedah
Harun Mat Piah

18. Tuan Husain Kedah (1863-1936): Beberapa Aspek Pengajaran
Muhammad Uthman El-Muhammady

Indeks

Weight0.937 kg
Dimensions22.2 × 14.5 × 4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.