Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Perak

HARUN MAT PIAH adalah mantan Felo Penyelidik Kanan (ATMA) dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Pakar dalam Kesusasteraan Melayu Klasik, mempunyai pengalaman penyelidikan berhubung dengan manuskrip Melayu dalam koleksi-koleksi dunia, termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sri Lanka, koleksi Eropah dan Amerika Syarikat. Penyelidikan dan penulisan dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional, puisi Melayu tradisional, kepustakaan ilmu (epistemologi) tradisional dengan pengkhususan dalam ilmu perubatan dan ilmu ramalan (astrologi) tradisional.

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
386 halaman

RM60.00

In stock

Product ID: 5221 SKU: 9789834918673 Categories: , , Tags: , , , , ,

Penerbitan Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Perak merupakan usaha untuk mendukumentasikan sejarah kegemilangan raja-raja Melayu, khususnya di negeri Perak yang meliputi hal ehwal adat istiadat, kebudayaan, hasil persuratan dan keseniannya. Naskhah-naskhah Melayu lama merupakan sebahagian daripada karya agung Melayu yang sangat bernilai yang mengandungi pelbagai ilmu yang patut difahami, dikaji, diamalkan dan diperturunkan kepada generasi masa kini supaya ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dimanfaatkan demi memperkasa tamadun Melayu masa kini dan akan datang. Pendekatan terkini yang ditekankan adalah dengan melihat naskhah-naskhah itu sebagai khazanah bangsa dari segi penyejarahan, keintelektualan, kebudayaan dan epistemologi Melayu.

Untuk tujuan tersebut, Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Perak telah digerakkan sebagai merealisasikan tujuan di atas. Empat belas makalah telah dibentangkan dan dibincangkan oleh 14 orang sarjana yang berkaitan dengan soal salasilah raja. adat istiadat, undang-undang dan ketatanegaraan, warkah, estetika dalam naskhah Misa Melayu, makam diraja dan tokoh tempatan di negeri Perak. Dalam setiap hasil kajian tersebut, subjek yang dikaji merujuk kepada naskhah Perak atau naskhah naskhah lain yang ada hubungannya dengan Kesultanan Melayu Perak.

Sesungguhnya, kandungan buku ini terdiri daripada 14 buah kertas hasil kajian yang telah dibengkelkan dan dimurnikan, disertai dengan kajian pendahuluan oleh Dr. Haji Harun Mat Piah yang secara sepintas lalu telah menyentuh dan merumuskan kandungan setiap kertas kajian tersebut.

Menerusi makalah berjudul “Koleksi Naskhah Perak di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan di Institusi-institusi Lain”, penulis secara ringkas menyorot aktiviti pengumpulan naskhah oleh para pengkaji orientalis, antara lain T.S. Raffles, Van der Tuuk, Van Ophuijsen, R.O. Winstedt, W.E. Maxwell dan lain-lain yang memperoleh naskhah-naskhah ini dari warga tempatan dan membawanya ke Eropah. Kini, terdapat sekitar 10000 manuskrip Melayu dalam koleksi Eropah tidak termasuk yang hilang, musnah dalam kebakaran, tenggelam di laut dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hasil daripada aktiviti itu membolehkan kita mengkaji dan memanfaatkan tinggalan itu sebagai khazanah bangsa dan tamadun Melayu seumumnya.

Kini, koleksi terbesar naskhah Melayu dapat diperoleh dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Sehingga ini, Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memiliki sekitar 4000 naskhah Melayu meliputi pelbagai bidang, hikayat, sejarah, sastera kitab, kepustakaan ilmu tradisional selain warkah dan artifak yang berhubungan dengan khazanah tamadun Melayu Nusantara. Sebahagian dokumen dipercayai dan disahkan sebagai sumbangan dari warga Perak atau mengenai budaya Perak.

Antara dokumen ini ada yang terdapat dalam naskhah asal, naskhah salinan, fotokopi, faksimile mahupun mikrofilem, antara lain, naskhah Misa Melayu, Salasilah Raja-raja Perak, Undang-undang Perak dan beberapa salinan warkah antara kesultanan Perak dengan pihak-pihak penerima yang lain, Raffles Esquire, sultan dan raja Melayu. Selain itu, terdapat salinan mikrofilem naskhah yang berhubung dengan negeri Perak yang tersimpan dalam koleksi dunia yang lain, tennasuklah di Leiden, The Hague dan London. Maklumat seperti ini sangat bermanfaat dalam konteks mendokumenkan dan membina semula korpus warisan budaya negeri dan warga Perak.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.575 kg
Dimensions 22.5 × 14.5 × 2.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834918673

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Perak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.