Out of stock

Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Selangor

MARDIANA NORDIN adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

ARBA’IYAH MOHD NOOR adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

DBP (Cetakan pertama, 2020)
431 halaman termasuk Indeks

RM60.00

Out of stock

Penerbitan Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Selangor merupakan usaha untuk mendukumentasikan sejarah kegemilangan raja-raja Melayu, khususnya di negeri Selangor yang meliputi hal ehwal adat istiadat, kebudayaan, hasil persuratan dan keseniannya. Naskhah-naskhah Melayu lama merupakan sebahagian daripada karya agung Melayu yang sangat bernilai yang mengandungi pelbagai ilmu yang patut difahami, dikaji, diamalkan dan diperturunkan kepada generasi masa kini supaya ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dimanfaatkan demi memperkasa tamadun Melayu masa kini dan akan datang. Pendekatan terkini yang ditekankan adalah dengan melihat naskhah-naskhah itu sebagai khazanah bangsa dari segi penyejarahan, keintelektualan, kebudayaan dan epistemologi Melayu.

Untuk tujuan tersebut, Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor telah digerakkan sebagai merealisasikan tujuan di atas. 16 makalah telah dibentangkan dan dibincangkan oleh 17 orang sarjana yang berkaitan dengan soal salasilah raja. adat istiadat, undang-undang dan ketatanegaraan, warkah, estetika dalam naskhah Misa Melayu, makam diraja dan tokoh tempatan di negeri Selangor. Dalam setiap hasil kajian tersebut, subjek yang dikaji merujuk kepada naskhah Selangor atau naskhah naskhah lain yang ada hubungannya dengan Kesultanan Melayu Selangor.

Selangor merupakan salah sebuah negeri Melayu yang menjunjung kedaulatan sultan sebagai peneraju utama negeri. Negeri ini berdiri sebagai sebuah negeri Melayu yang menjadi lambang warisan ketamadunan Melayu, sekali gus menjadi identiti keagungan Melayu dahulu hingga kini. Biarpun begitu, tidak seperti beberapa negeri Melayu lain misalnya Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, Selangor memiliki naskhah kesultanan dan persejarahan negerinya yang amat terhad. Situasi ini mungkin sahaja lahir kerana masih banyak kehadiran naskhah berhubung negeri Selangor yang bertebaran di luar sana, tetapi belum dikenal pasti dan diterokai dengan sepenuhnya. Hasilnya, untuk memahami sejarah dan budaya negeri Selangor khususnya daripada sumber tempatan sendiri, peneliti banyak bergantung kepada naskhah-naskhah dari negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Riau dan yang seumpama dengannya.

Langkah ini sejujurnya sangat membantu dan bermanfaat. Selain memahami pendirian kesultanan Selangor, hubungan dan kaitan negeri Selangor dengan negeri-negeri Melayu lain dipaparkan dengan jelas. Jalinan ikatan antara negeri dan kesultanan Melayu dalam bentuk kekeluargaan, diplomatik, malahan konflik diperihalkan dalam naskhah-naskhah terbabit dan peranan Selangor ditonjolkan dengan jelas. Biarpun begitu, keperluan untuk meneroka lebih banyak naskhah yang menjurus kepada negeri Selangor tetap menjadi keperluan penting dalam memahami pendirian kesultanan, juga keistimewaan negeri ini secara khasnya.

Weight 0.65 kg
Dimensions 22.3 × 14.8 × 2.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789834922542

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Selangor”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.