Sale!

Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Terengganu

Penyelenggara: Rogayah A.Hamid & Mariyam Salim

DBP (Cetakan Pertama 2006)
434 halaman

RM67.00 RM40.00

Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Terengganu menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah penting bumi Kedah, salah satu pusat kerajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahannya. Ia mengupas sistem pentadbiran, ketatanegaraan, salasilah kesultanan Kedah, kitab-kitab ilmu, serta budaya yang wujud dan berkembang sehingga hari ini.

Menurut pengertian konsep persejarahan Melayu tradisional, “sejarah” bukanlah semata-mata rentetan peristiwa yang berlaku, atas sebab yang khusus, kemudian meninggalkan kesan tertentu terhadap sesuatu kelompok manusia dan menyebabkan berlakunya perubahan daripada yang lama atau yang ludah menjadi kebiasaan kepada satu cara hidup yang sama sekali baharu. Pujangga istana sesebuah kerajaan di Nusantara atau yang dahulunya terkenal sebagai Gugusan Pulau-pulau Melayu menganggap “sejarah” lebih daripada itu.

“Sejarah” merangkum peristiwa yang berlaku dalam negeri seperti yang disebut di atas, perkembangan negeri tersebut semenjak dibuka, asal usul raja yang memerintah dari awal hingga akhir, susun lapis masyarakatnya yang bermula dari istana hingga peringkat rakyat biasa, peraturan dan undang-undang, adat istiadat dan sebagainya. Pendek kata, apa-apa sahaja yang berlaku, termasuk kelahiran dan kemangkatan seseorang dari istana, terutama rajanya, perhubungan dengan kerajaan luar/asing sama ada berlatarbelakangkan politik, perdagangan, perkahwinan ataupun sekadar mengutus surat persahabatan dan mungkin lain-lain lagi, dianggap sebagai sebahagian daripada “sejarah”.

Hal itu sebenarnya tergolong ke dalam perkara yang dinyatakan oleh raja kepada Tun Seri Lanang semasa memerintahkan supaya Sulalat al-Salatin dikarang.

Bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.—Abdul Samad Ahmad, 1986:3

Kesultanan Melayu Terengganu menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah penting bumi Terengganu, salah satu pusat keraajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahannya. Ia mengupas sistem pentadbiran, ketatanegaraan, salasilah kesultanan Terengganu, kitab-kitab ilmu, serta budaya yang wujud dan berkembang sehingga hari ini.

Weight 0.790 kg
Dimensions 14.5 x 3.5 x 22.4 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Terengganu”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.