Siri Saga Artakusiad: Kota Arialun

Ahmad Patria Abdullah (26 Mei 1968 – ) ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel-novel beliau kebanyakannya berkisar kepada dunia Artakusiad.

DBP (Cetakan Kedua 2010)
235 halaman

RM15.00

In stock

Product ID: 626 SKU: 9789836200327 Categories: , Tags: , , ,

Kota Arialun ialah buku kedua di dalam Siri Saga Artakusiad yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Cetakan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1988 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan kedua pula dilakukan pada tahun 2010.

Plot buku ini menyambung kisah Artakus daripada buku terdahulu, Permata Aurorius dan berkisar tentang pengembaraannya bersama Nazril dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada peperangan menentang Morrok di Kota Arialun.

Setelah berjaya menewaskan Gargola di Kota Arialun dan merampas Permata Aurorius, Artakus kembali ke Genting Kolossus. Tetapi pada hari-hari berikutnya gerak-geri Artakus sentiasa dibayangi oleh Isytarrok. Hamba Herakos ini diperintah merampas kembali permata tersebut. Untuk menghalang niat Herakos itu, Artakus dan Nazril telah pergi ke Banjaran Gunung Nakassos.

Mereka bercadang membuang permata itu ke dalam Gaung Hangarang di dunia underworld. Tetapi mereka diserang oleh Qrokul, yiskrak merah dari Morrok di pintu Gua Sargan.

Qrokul merampas permata itu, Nazril ghaib entah ke mana. Artakus yang terselamat kembali ke Kolossus dan merangka strategi untuk menghalang usaha Herakos mempercepatkan kemusnahan alam.

Beserta tiga ratus tentera berkuda, Artakus menuju ke Kota Arialun untuk merampas kota itu daripada Morrok. Mayat-mayat tentera Morrok yang bergantungan di tembok kota menyambut ketibaan mereka.

Apakah yang telah terjadi? Dapatkah niat jahat Herakos itu dihalangi? Berjayakah Artakus kembali ke dunia asalnya? Untuk mendapatkan jawapannya, dapatkan novel fantasi yang hebat ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.225 kg
Dimensions 11.2 × 1.4 × 18.5 cm
Edition

Language

ISBN

9789836200327

Publisher

Year Published

Format

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Saga Artakusiad: Kota Arialun”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.