Siri Saga Artakusiad: Puteri Alindalia

Ahmad Patria Abdullah (26 Mei 1968 – ) ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel-novel beliau kebanyakannya berkisar kepada dunia Artakusiad.

DBP (Cetakan Kedua 2010)
163 halaman

RM15.00

In stock

Product ID: 628 SKU: 9789836220387 Categories: , Tags: , , ,

Puteri Alindalia ialah buku kelima di dalam Siri Saga Artakusiad yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Cetakan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1991 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan kedua pula dilakukan pada tahun 2010. Genre buku-buku didalam saga ini adalah fiksyen dan fantasi bahasa Melayu.

Persoalan asas trilogi ini membicarakan persoalan kepimpinan dan kekuatan seseorang pahlawan atau kaum mempertahankan maruah, visi dan perpaduan kaumnya daripada gugatan kaum lain.

Persoalan itu disorot dan dicerna dengan kemas, realist, hidup dan menyakinkan. Persoalan dan tema yang disentuh menjadi lebih berkesan dengan kebijaksanaan penulis membina watak-watak yang hidup, melalui gambaran latar dengan cara yang kreatif dan artistik.

Pendekatan dan teknik penceritaan novel ini adalah asli, tersendiri, mudah difahami dan bersesuaian dengan persoalan dan mesej cerita fantasi yang ingin disampaikan.

Dalam penggunaan gaya bahasa ternyata penulis punya cara gaya tersendiri, punya nilai-nilai keindahan dan estetika yang memberikan pengalaman baru kepada pembaca khususnya golongan remaja.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.130 kg
Dimensions 11.2 × 1.3 × 18.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836220387

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Saga Artakusiad: Puteri Alindalia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.