Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Disunting oleh MOHD ANNUAR ZAINI

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
360 halaman termasuk Indeks

RM85.00

Only 1 left in stock

Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memuatkan 36 titah Sultan Perak yang disusun dalam empat bahagian merangkumi institusi raja, tadbir urus, agama Islam, serta masyarakat dan kebudayaan, yang dizahirkan dalam tempoh 2009 sehingga 2016. Menerusi siri titah ini, baginda menzahirkan pendirian, pemerhatian, huraian, kupasan, teguran, nasihat dan saranan kepada individu, pemimpin, institusi dan kerajaan mengenai amanah, integriti, ketelusan, keikhlasan dan rasuah. Baginda juga menegaskan bahawa pentingnya ilmu pengetahuan, menghormati ilmuwan dan mewujudkan atmosfera ilmu yang bebas dan terbuka; baginda juga menzahirkan peringatan pentingnya diluhurkan Perlembagaan, dan pentadbiran kerajaan berdasarkan kedaulatan undang-undang; baginda menyeru kepada para pemimpin untuk menginsafi bahawa pangkat dan jawatan ialah kurniaan Ilahi dan amanah rakyat, tanggungjawab fardu kifayah yang perlu disempurnakan secara adil lagi saksama.

Kata Pengantar
Prakata

Bahagian 1 — Institusi Raja

Peranan Institusi Raja Melayu dalam Memupuk Perpaduan Warga
Institusi Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa
Dirgahayu Tuanku
Perlembagaan dan Islam: Peranan Institusi Raja
Ahli Baharu Majlis Raja-Raja
Memperingati Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Istiadat Pertabalan: Mengekalkan Warisan Turun-temurun
Tugas dan Tanggungjawab Raja Bertakhta

Bahagian 2 — Tadbir Urus

Wakaf Penjana Pembangunan
Al-Fatihah untuk Tun Haji Syed Zahiruddin
Memperkenankan Pilihan Rakyat
Ke Arah Pemerkasaan Integriti
Autonomi: Isu dan Cabaran
Senario dan Cabaran Menghadapi Rasuah
Piawaian Amalan Undang-undang pada Tahap Tinggi

Bahagian 3 — Agama

Kuasa Mutlak Sultan dalam Urusan Agama Islam dan Adat Melayu
Tanggungjawab Ummah Memerangi Kemiskinan
Pemantapan Institusi Keluarga
Memartabatkan Tulisan Jawi
Membina Dunia yang Lebih Aman
Nilai Murni Memakmurkan Negara
Tanggungjawab Bersama Memulihara Alam Sekitar
Lupa dan Alpa Membawa Kehancuran
Kepentingan Menjaga Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Islam Mengamalkan Kesederhanaan
Perlembagaan Madinah dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Tugas MAIPk Memurnikan dan Meningkatkan Syiar Islam
Masjid Toh Puan Besar Hatijah
Meraikan Perbezaan Memahami Kepelbagaian
Penyatuan dalam Kepelbagaian Melalui Hikmah dan Kebijaksanaan Kepimpinan

Bahagian 4 — Masyarakat dan Budaya

Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas
Sekolah Melahirkan Masyarakat “Satu Negara Satu Warga”
Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti dan Cabaran
Pascapilihan Raya Ke-13: Pemuafakatan dan Perpaduan Nasional
Gagasan Penyatupaduan Nasional
Bahasa Jiwa Bangsa

Indeks

Weight0.85 kg
Dimensions23.5 × 15.8 × 2.3 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.