Sosiobudaya Dalam Filem Melayu Klasik

MOHD. ZAMBERI ABDUL MALEK adalah mantan Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara tulisannya di Penerbit UKM termasuklah Suria Kencana: Biografi Jins Shamsudin (1997); Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahiddeen (1999), Larut Daerah Terkaya (2001 ), Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir (2018). Beliau juga adalah mantan Karyawan Tamu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2020)
654 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM100.00

Only 1 left in stock

Sosiobudaya Dalam Filem Melayu Klasik merungkai perkembangan filem Melayu klasik atau filem hitam putih. Suatu ketika dahulu filem hitam putih menjadi bahan hiburan yang sangat diminati ramai. Zaman perkembangan awal dan kegemilangan filem Melayu klasik ini banyak memberikan gambaran kukuh tentang falsafah dan pemikiran terutamanya dalam konteks seni dan sosiobudaya. Dengan kepelbagaian pengisian subjek perfileman, sedikit sebanyak dapat membekalkan maklumat mengenai filem Melayu klasik keluaran 1950-60-an.

Zaman penghasilan filem Melayu klasik sudah pun berlalu dan meninggalkan satu medium atau seberkas dokumentasi yang sangat banyak merakamkan pelbagai aspek kehidupan insan termasuklah paparan meluas tentang sosiobudaya masyarakat Melayu di negara ini. Kebanyakan filem Melayu klasik mudah difahami, biarpun dikatakan sedikit ketinggalan dari segi teknik dan teknologi pembikinannya, tetapi hasil dapatannya amat bermutu baik dari segi penceritaan dan warisan keseniannya.

Filem boleh disifatkan sebagai mesin perakam waktu yang dapat diputar ke belakang untuk membawa penonton atau pengkaji meneliti masa silam bagi mencari kebenaran dan kekuatan diri dalam membina masa kini dan masa depan yang lebih baik. Hal ini termasuklah paparan citra keunggulan sejarah bagi mengenal jati diri bangsa, menjelas dan merungkai permasalahan masyarakatnya. Umum mengetahui bahawa, kebanyakan filem Melayu berada pada puncak zaman kegemilangan bersama kehangatan lakonan dan arahan P. Ramlee.

Antara yang turut dibincangkan dalam Sosiobudaya Dalam Filem Melayu Klasik termasuklah kegemilangan bangsawan, fenomena terhadap filem, teknik penggambaran filem, nilai sosial, budaya, bahasa dan sosiobudaya. Adalah diharapkan agar buku yang banyak menyorot tentang sosiobudaya dan pembikinan cerita filem klasik ini dapat memberi kelainan terhadap sumber bacaan mahupun karya dokumentasi tentang dunia perfileman.

Weight 0.955 kg
Dimensions 22.7 × 15 × 3.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789674127657

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sosiobudaya Dalam Filem Melayu Klasik”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.