Out of stock

Strategi Dunia Islam Abad Ke-21

Oleh: Ziauddin Sardar

DBP (Cetakan Kedua 1995)
214 halaman

RM15.00

Out of stock

Ziauddin Sardar menerusi bukunya Strategi Dunia Islam Abad Ke-21 menegaskan bahawa sudah sampai masanya umat Islam bangkit menahan serangan-serangan musuh-musuh Islam dan membalas serangan mereka dengan menguasai teknologi maklumat ini. Umat Islam haruslah membangunkan strategi yang kemas dan ampuh yang dapat digunakan oleh umat Islam sendiri, istimewa pada abad yang akan menjelang tidak lama lagi.

Teknologi maklumat telah memberikan kemudahan dan kenikmatan kepada manusia. Teknologi maklumat juga telah mendatangkan kemudaratan dan malapetaka kepada manusia. Bahkan, ada kalanya teknologi ini menjadi semacam penjajah baru yang sukar dilawan atau ditentang. Setakat ini teknologi maklumat telah mencemarkan wawasan dan imej Islam mengikut kehendak musuh-musuh Islam.

Hal ini berlaku disebabkan umat Islam tidak berupaya memiliki teknologi tersebut. Oleh itu, martabat Islam dan umat Islam sentiasa direndah-rendahkan. Rasanya cukuplah sudah setakat ini sahaja umat Islam menanggung penghinaan ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.235 kg
Dimensions 14.0 × 1.1 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836241320

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Strategi Dunia Islam Abad Ke-21”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.