Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturan Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu)

Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu. Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor – Marhum Padang Saujana – Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor ke-11 dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615). Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara.

DBP & Yayasan Karyawan KL (Cetakan Pertama Edisi Kulit Lembut 2009)
338 halaman

RM30.00

Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu) merupakan sebuah epik Melayu agung tentang kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang tercipta daripada titah raja. Ia dianggap penting kerana menceritakan adat istiadat kerajaan Melayu, susunan salasilah raja-raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu. Keistimewaannya bukan sahaja dilihat dari segi usianya tetapi juga dari segi bahasa, isi sejarah, gaya naratif, rujukan sastera, budaya, adat istiadat, pakaian, persenjataan, ketatanegaraan dan sebagainya.

Karya ini boleh dibahagikan kepada dua golongan cerita atau episod iaitu, cerita asas, dan kedua, cerita ranting. Episod kontrak sosial antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana, yang melakarkan hubungan dan tanggungjawab raja dan rakyat adalah contoh untuk golongan pertama. Begitu juga episod penemuan dan penubuhan negeri Melaka mengkonkritkan cerita pada pohon bernama Melaka dan seekor “anjing diterajang oleh pelanduk putih”. Kekayaan, kekuatan dan kejatuhan Melaka seterusnya dicari teras citranya dan dibingkaikan oleh peristiwa yang biasanya cukup jelas. Puluhan cerita kecil yang dianggap sebagai ranting juga amat kuat kesenian naratifnya, dan membantu menempatkan karya ini antara karya terbesar di dunia.

Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-raja (Sejarah Melayu) ini adalah berdasarkan naskhah (manuskrip) Raffles Malay 18 yang tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, dan telah diterbitkan dalam edisi Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerbit bersama pada tahun 1997.

Kini, buku tersebut diterbitkan semula sebagai edisi baharu (edisi kulit lembut) dengan tidak mengubah teks asal.

Weight 0.564 kg
Dimensions 15.2 × 2.0 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789834600730

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturan Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.